Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ini saya ber'ym' dengan seorang sahabat saya di Malaysia. Sebelum mengakhiri perbualan kami,
Hari ini saya ber'ym' dengan seorang sahabat saya di Malaysia. Sebelum mengakhiri perbualan kami,
Saya: Hmm, mesti nak bersiap. Sebelum tu tolong bagi nasihat sikit, nak jaga hati
Sahabat: Kenapa?
Saya: Susah nak ikhlas, mudah goyah
Sahabat: Ikhlas ini kadang aku sendiri pun payah. Tekadkan hati dan banyak mujahadah
"Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. Tiada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahajalah yang mampu menguasai hati manusia." -SOLUSI isu no.11
Saya: Aku bimbang terlalu cintakan dunia dan takutkan mati. Sifat wahn tu dalam diri aku
Sahabat: Ish, jangan sampai macam tu.Dari Tsauban ia berkata Rasulullah bersabda: "Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka." Salah seorang bertanya: "Adakah kerana bilangan kita sedikit ketika itu?" Rasulullah menjawab: "Tidak, ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan, Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan 'Wahn' ke dalam hati kalin." Salah seorang bertanya: "Apakah wahn itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Cintakan kehidupan dan bencikan kematian."
Inilah yang saya bimbangkan terutama ketika hanya sedikit ujian dalam perjuangan mengentarkan atau merisaukan hati saya.
"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman." sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)
Apabila dunia menjadi alasan
"Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepasa orang-orang yang fasik" (At-Taubah:24)"
Saya: Aku baca buku, bila baca yang pejuangan tu tahap melibatkan nyawa aku terfikir, sampai ke tak tahap itu kesanggupan aku.
"..kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu.." (Ali-Imran : 185-186)
Nah
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar ditetapkan Allah...dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) adalah kemenangan yang besar." (At-Taubah:111)
"...dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Tolaaq: 3)
Saya: Mungkin belum tahap sepenuhnya rasa kemanisan iman. Kena banyak bersihkan jiwa
Sahabat: Betul. Itu batu asas sebenarnya. Kalau tidak sampai bila pun berjuang akan tak ikhlas.
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI" (HR Muslim.)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya" (Asy-Syam: 9-10)
Sabda Rasululullah SAW: "3 perkara sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman iaitu: bahawa Allah dan rasulNya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka" (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Saya: Semoga sahabat aku istiqamah
Sahabat: InsyaAllah, bitaufiq wannajah
Saya: Syukran
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran." (Al-Asr:1-3)
No comments:
Post a Comment