Monday, 5 December 2011

Mereka Pilihan Saya


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya sudah mengulas mengenai kesedaran tuntutan-tuntutan pilihanraya dan mengulas sedikit mengenai calon pengerusi. Rasanya tidak lengkap sekiranya tidak berkempen untuk dua calon AJKT akhwat yang begitu dekat di hati saya.

Bukanlah saya memilih mereka keran mereka rapat dengan saya, tidak sama sekali. Tetapi saya tahu mereka adalah insan yang TERUJI dan DIUJI. Jatuh bangun mereka sepanjang mereka berkerja dalam persatuan sedikit sebanyak telah saya lihat.

Mereka insan yang terus komited menyumbang tenaga. Sejak dari awal saya mengenali mereka ketika mula-mula menang pilihanraya dahulu sehingga detik penurunan saya lihat mereka terus komited.

Mereka insan yang terus membuktikan PCM sentiasa mahukan yang terbaik buat ahli. Mereka tidak tunggu untuk memegang jawatan tertentu malah dengan status ajk biasa mereka tetap turun mendengar rungutan dan permasalahan ahli.

Dua orang adik, sahabat dan rakan perjuangan yang sentiasa di hati








Pilihanraya


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mansurah kini hangat dengan bahang pilihanraya bagi yang prihatin akan jatuh bangun sebuah persatuan yang menaungi semua, PERUBATAN. Perebutan kerusi PENGERUSI lebih hangat daripada apabila berlaku pertembungan antara Muhammad Abu Ubaidah Mustafa Kamal dan Mohamad Iskandar Sa’uadi.




Ada sahabat-sahabat yang meminta saya menulis artikel mengulas isu pilihanraya. Bukan berkempen untuk Ubai (memandangkan di FB jelas saya menyokong Ubai) tetapi untuk mengulas perkembangan politik Mansurah.





CALON?
Apabila melihat senarai calon-calon bertanding, saya sedar isu sokongan bukan isu mengundi semata-semata tetapi saya bertanggungjawab atas sokongan saya. Kitalah yang mencorakan paras rupa dan lenggok perjalanan PERUBATAN.

Dalam rukun baiah, telah diletakkan bahawa taat dan tsiqah kepada pimpinan adalah suatu tuntutan. Siapa pun bakal menang, itulah pemimpin saya tambahan jika pemimpin itu jelas saya memilih beliau maka bertambah kuatlah tuntutan taat dan tsiqah.


MAHASISWA?
Kita adalah mahasiswa. Menjadi suatu harapan saya supaya satu suasana matang dapat kita wujudkan di kalangan mahasiswa. Borak kita bukan borak korea. Borak kita bukan borak gossip. 

Tetapi borak kita tanda kita prihatin suasana sekeliling. Borak kita tanda kita cakna politik kemasyarakatan. Borak kita tanda kita prihatin tuntutan agama dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Bukan pening apabila berbicara isu ekonomi dan masalah sosial. Mahasiswa must learn to hear and think about complicated things.




Maka, keputusan kita bukan mestilah dibuat atas dasar pertimbangan bukan sentimen dan persepsi semata-mata. Sejak dahulu, sekiranya orang bertanya mengenai pilihan saya (bukan isu pilihanraya sahaja), saya akan jawab, nilailah atas neraca ilmu terlebih dahulu kemudian pilihlah berdasarkan kefahaman. Andai akhirnya pilihan anda tidak sama dengan saya tetapi biarlah perbezaan yang berhujah.


TURUN MENGUNDI?
Membaca politik Mansurah, GELOMBANG MERAH seolah-olah atau sememangnya mara di alam maya. Mungkin faktor Ubai dikatakan orang lama PCM menyebab mereka yang terus-menerus mahukan perubahan mengganggap Iskandar sebagai pilihan. Tetapi…





Sekiranya pihak GELOMBANG MERAH gagal menarik penyokong mereka untuk pakat turun mengundi, saya yakin tidak mustahil Ubai mampu menang kerana beliau mempunyai kekuatan tersendiri. Apakah kekuatan itu? Anda boleh menilai sendiri. Seperti saya katakan tadi, saya bukan mahu berkempen calon pilihan saya.





CUKUPKAH SETAKAT MENGUNDI?




Perubahan tidak akan selesai dengan hanya menaikan seorang mahupun sebaris pemimpin. TAK AKAN! Tetapi ahli-ahli, kita sebagai mahasiswalah yang perlu malah WAJIB mendokong pemimpin kita. Apa pun agenda yang mereka bawa, percayalah ia untuk perubahan dan peningkatan kualiti.

Kami AJKT segan untuk mengaku diri pemimpin kerana hakikatnya kita hanyalah hamba. Tetapi membawa suatu tugas yang mungkin nampak ringan dilihat tetapi sebenarnya sangat berat dipikul, itulah AMANAH.





Pengalaman saya memegang UPI, saya teramat sedar tanpa AJK-AJK dan tulang belakang, saya takkan mampu membawa agenda UPI. Faktor sokongan dan dokongan ahli-ahli merupakan elemen wajib dan penting dalam menjayakan suatu agenda.


KESIMPULAN
Isu pilihanraya bukan sekadar isu bulan pilihanraya tetapi isu sepanjang sesi. Tanggungjawab ahli bukan terhenti sekadar turun mengundi tetapi terus taat dan menyumbang tenaga membawa dan menjayakan agenda pemimpin anda.

Kegagalan persatuan bukan kegagalan pemimpin semata-mata tetapi turut dipengaruhi kegagalan ahli-ahli kerana merakalah yang sama-sama mencorakkan lenggok perjalan sebuah persatuan.

Pilihan di tangan anda. Prihatin atau tidak.



Sunday, 20 November 2011

Time Management Crisis

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Serius saya menghadapi krisis pengurusan masa. Mungkin kerana tahuna 5 dimulakan dengan round neurologi yang penuh mehnah dan cabaran (ada duri dalam daging bak kata orang). Saya menghadapi perasaan lemah semangat.


Namun hidup perlu diteruskan. Saya sedayanya cuba menyusun hidup dan gerak kerja sehingga suatu hari saya melihat satu video (untuk diluluskan oleh encik pengerusi).





Allah, saya cukup tersentuh pada minit kedua. Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambanNya. Saidina Ali menangis kerana tidak diberikan ujian tetapi saya hampir menangis kerana menghadapi ujian. Pejuang itu muncul di tempat kerja dengan wajah ceria tetapi saya murung ke kelas.

Ia bukan soal masa atau tidak mampu tetapi soal kehendak dan pengorbanan. Ya KEHENDAK dan PENGORBANAN!



pengorbanan bukan pada raya Adha sahaja


Apa yang perlu dikorbankan? Jom pilih. 


Seperti yang saya pernah sebutkan dalam artikel sebelum ini. Antara 3 pilihan (akademik, persatuan, hiburan) maka kita perlu korbankan perkara yang paling tidak popular untuk dikorbankan iaitu berhibur. Andai kemahuan kita untuk cintakan jalan dakwah dan Islam, segala daya dan usaha kita perlulah diarahkan ke sana bukan berdalih dan beralasan padahal sebenarnya kita masih sayangkan isi dunia.


Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih


Penat?


Berehat hanya di syurga.

Saya perlu menambahkan kefahaman saya kerana seseorang yang faham PASTI maklum bahawa terlalu banyak tuntutan yang perlu ditunaikan. Selesai satu kerja akan menyusul kerja yang lain. Andai kata pemimpin-pemimpin Islam memilih mati syahid, adakah kita memilih kemungkinan mati ketika berehat?




Pengurusan Masa

“Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang mukmin. Di mana saja dia menemukannya, dialah berhak ke atasnya.”
Siapalah saya untuk bercerita mengenai pengurusan masa. Tetapi tarbiyah kehidupan yang Allah berikan kepada saya walaupun ada masa KERAS, itulah yang saya jadikan hikmah dan ingatan. Saya kongsikan bersama pembaca nasihat-nasihat daripada insan sekeliling saya.




Kita dan masa perlu sebati


"Macam mana busy pun, kita tetap perlu ingat apa prioriti kita kat sini!" Saya mengangguk-agukan kepala mendengar nasihat kak Diah.




"Sekiranya kita telah korbankan masa belajar sebanyak 2 jam untuk bermesyuarat maka kita perlu menggantikan semula 2 jam tadi dengan mengurangkan mana-mana aktiviti rehat dan berhibur" kata-kata mutiara daripada Syamilah Mohamad.

"Seorang sahabat ana memegang 3 jawatan serentak namun dia tetap berdisiplin bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk belajar." Perkongsian daripada seorang ketua yang disegani.

"Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang utama, mana yang penting." petikan daripada artikel penulis yang saya segani.

Benar, semakin sibuk semakin kita menghargai masa. Semakin sibuk semakin kita mahir menyusun aturan hidup kita. Semakin sibuk semakin kita kenali apakah keutamaan kita.


Thinking of bee




Hidup ini Pilihan


“Saya mengantuk.” Adu seorang junior. Apa yang saya jawab, “You have 2 choices, either sleep early so you can wake up early to study OR drink coffee and continue your study.”

Dalam kamus  kehidupan, kita sentiasa membuat pilihan. 




Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Maka memilih mana yang terbaik untuk hidup kita. Setiap ujian yang kita hadapi (termasuk rasa tak cukup masa) sebenarnya telah Allah sediakan cara dan jalan untuk kita tempuhinya. Semua ini terpulang kepada cara kita memandang dan memahami kehidupan, positif atau negatif?

Saya tinggalkan satu persoalan. Apakah neraca dan panduan pilihan kita?


Bila berlampu, boleh jawab. huhu



Akhirnya...




Yosh! Saya mahu lebih bersemangat dan ceria. Biarlah saya penat seharian asalkan saya tidak lalai menggunakan masa saya. Sekiranya saya mengeluh, tolong jentik saya.








p/s: To my sisters, our first HIM will be at 6.30 am. See you tomorrow , insya Allah.




Monday, 24 October 2011

LAI-LAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Alhamdulillah saya selamat menjejakan langkah ke dunia tahun 5. Saya tahu saya semakin tidak mempunyai masa untuk mengupdate blog. Ada masa ketika menggosok baju atau berjalan ke kuliah, saya terfikir untuk menulis artikel tetapi masa yang begitu mengekang maka ilham itu terbang begitu sahaja. Sungguh, saya teruji dengan masa.


Buat masa ini saya hanya mampu berkongsi dengan ahli-ahli PCM mengenai beberapa program yang akan dijalakan dalam masa terdekat. Mari-mari, lai-lai sertai...


DISKUSI KITAB DAN KERTAS KERJA




Seterusnya...

MINDA OASIS bersama MAJLIS PENUTUP AHLAN'11




Talk Show: [Aku, Ravi & Farid] beserta Majlis Penutup AHLAN'11
Masa : 12.30 pm - 4.00 pm
Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Al-Hafiz, Universiti Mansurah
*Makanan terhad kepada 300 mahasiswa/wi PCM yang terawal sahaja


Qiamulail & Tanyalah Ustaz Live @Mansurah
Masa :
3.00 am - 5.30 am (Qiamulail, Khamis malam Jumaat)
6.30 am - 8.00 am (Tanyalah Ustaz Live @Mansurah)
Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat : Qaah Ibnu Sina (Atas tingkat Darul Rahmah, Mansurah)
*Sila bawa kelengkapan tidur sendiri
*Terbuka kepada mahasiswa serta mahasiswi



p/s: Mahasiswi mungkin tidak tidur di Qaah Ibnu Sina tetapi kita akan berjemaah di QIS juga. Tidur tetap di imarah ini. Harap jangan lepaskan peluang keemasan seperti ini. Boleh rancang study group sebelum tidur pada malam itu. 



HALAQAH ILMUAN MUDA (HIM)



Halaqah Ilmuan Muda (HIM) adalah salah satu program berbentuk tarbiyah di bawah Unit Pembangunan Insan, PCM 2010/11. Perlakasanaanya adalah seperti Smart Circle/Usrah yang diadakan setiap minggu sekali.
Usrah ini menekankan pembinaan diri selaras dengan silibus-silibus yang lebih mendalam dan kolektif. Kehadiran dalam Smart Circle adalah pilihan (bukan wajib) bagi mereka yang menyertai HIM.
Wakil Pendaftaran Halaqah Ilmuan Muda :
Siswa
Tahun 1 :Hud Azzaki Zainal -015 20781558/ 0112 0781558
Tahun 2 : Ahmad Mu’az bin Kamalul Sahar – 0111 3434155
Tahun 3 : Ahmad Sahli Mahzuz – 0114 5654729
Tahun 4 : Muhammad Hairiezal – 0111 7386719
Tahun 5 dan 6 : Mohd Ashraf Shabadin – 0111 3022542
Siswi
Tahun 3 : Liyana Ahmad Zaki - 0114 6795475
Tahun 4 : Hafiza Azmi - 0111 6454527
Tahun 5 : Athirah Ghani - 0114 5526766
Tahun 6 : Ummi Nadzira - 0111 6215263
Sem 1 : Nor Izzah Athirah - 0114 7327441
Sem 3 : Husna Ahmad Puat - 0111 6226305
Sem 5 : Hawa Mahirah - 0114 6806547
Sem 7 : Fadhiila Amni - 0111 6152001
Sem 8 & 10 : Afifah Ahmad – 011 9250079


p/s: Sesiapa nak berkenalan dengan HIM dengan lebih mendalam, tak salah nak rujuk saya. Insya Allah pengisian usrah ini best. Hanya komitmen dan kemahuan anda kami perlukan.


Itulah sedikit sebanyak aktiviti yang bakal diadakan tak lama lagi. Insya Allah Majlis Lantikan Mentor (MELOR) bakal menyusul. Para mentor sekalian boleh nantikan iklan majlis ini kemudian. 

p/s: Ziyad turns one years old today. Ziyad, I'm sorry because cannot make time to see you today. (Bukan tak ingat tapi tak sempat.) Hope you will become a good son and a good muslim (mujahid pejuang agama). ^_^



Wednesday, 3 August 2011

Politik-Politik


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekian lama saya tidak meng’update’ blog sehingga bertikus kata adik saya. Selepas peperiksaan saya terpaksa segera pulang ke Malaysia secara mengejut kerana urusan penting. Hari ini baru berkesempatan menulis sesuatu.

Sejak isu BERSIH 2.0 banyak perkara yang terlintas di fikiran saya. Terpulang kepada sesiapa yang menyokong mahupun menolak. Tetapi biarlah penilaian anda itu berdasarkan pertimbangan yangn sewajarnya bukan emosi semata-mata. Malang sekali terdapat ramai anak muda gagal mengambil berat isu semasa di Malaysia (bukan isu BERSIH 2.0 semata-mata tetapi juga isu-isu lain).


Apa yang Berlaku?

Golongan anak muda terutama mahasiswa sering dilabel telah dipengaruhi pihak-pihak tertentu apabila mereka mula cakna terhadap keadaan sekililing mereka. Kata mereka ini semua politik. Politik itu kotor. Politik bukan tahap kamu. Politik itu, politik ini. Itulah dakwa-dakwi mereka.

Malang apabila mereka yang dikatakan mahasiswa terutamanya gagal memahami apakah itu politik sebenarnya. Tolonglah, saya minta kepada anda supaya bezakan antara politik kepartian dan politik kemasyarakatan. Anda yang bergelar mahasiswa sepatutnya lebih berani untuk cakna isu sekeliling bukan terus berada di takuk lama dengan pemikiran pelajar sekolah.

Politik kepartian adalah politik dalaman yang terikat dalam ruang lingkup parti khususnya tetapi apa yang saya maksudkan dengan politik kemasyarakatan adalah isu semasa yang melibatkan pembangunan dan kestabilan negara. Politik kepartian dan politik kemasyarakatan adalah dua aspek yang berbeza sekiranya dipandang daripada aspek positif atas nilai sebuah tanggungjawab

Sekiranya anda berprinsip belum tiba masa untuk anda melibatkan diri dalam politik kepartian, silakan. Tetapi, jangan anda sangka anda terlepas daripada tanggungjawab mengambil berat politik kemasyarakatan.

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)"

Suatu hadis yang mudah untuk difahami. Islam tidak menyaran pengganutnya mengamalkan sikap pentingkan diri. Hidup hanya menyelamatkan periuk nasi sendiri tanpa menghiraukan keperluan insan lain. Dalam Islam diri kita mempunyai pelbagai hak yang perlu ditunaikan tetapi berapa ramai yang sedar dan ingat?

Saya tidak meminta anda untuk menjadi seorang pakar untuk mengulas setiap isu. Cukuplah anda mengambil tahu, memahami dan menilai dengan adil seterusnya bertindak mengikut kapasiti dan peranan masing-masing. Jangan terus berada di takuk pemikiran kanak-kanak.


Hiburan Melampau

Saya merasakan hedonisme yang cukup hebat melanda anak muda menyebabkan kita gagal melahirkan mahasiswa yang membawa agenda pembangunan masyarakat. Saya tidak menolak hiburan. Saya sukakan hiburan. Namun, hiburan kini cukup melampau sehingga menutup mata hati muda-mudi kini.

Manusia mudah membuang sesuatu yang dianggap ‘menyakitkan’ dan menerima sesuatu yang dianggap ‘menyeronokkan’. Sikap cakna dengan isu semasa dianggap berat dan menyakitkan (kepala barangkali) manakala hiburan itu suatu perkara yang menyeronokan sehingga terlalu sebati dalam diri.

Saya menyeru kepada diri saya dan kawan-kawan, campaklah sifat manja yang tidak mahu menyusahkan fikiran dengan perkara-perkara yang kononnya bukan tahap atau berat untuk difikirkan. Musuh-musuh kita terus seronok melihat kelekaan kita saban hari. Saya bukan meminta anda memihak kepada mana-mana parti politik tetapi nilailah atas nilai sebuah kebenaran dan tanggungjawab.


Kesimpulan

Cukuplah kita digula-gulakan. Pandangan kita kerap dialih daripada isu sebenar yang berlaku. Pemikiran kita kerap kali cuba dikawal dan dipengaruhi. Suara kita terus disekat. Saya impikan kebebasan mahasiswa bersuara dan diberi peluang untuk belajar bertindak dengan lebih matang. Jika bukan kita siapa lagi yang akan bangun menuntut hak?!

 

Wednesday, 6 July 2011

Bersawang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maaf yang teramat kerana sehingga kini masih gagal mengupdate blog ini. Mungkin ada yang tak kisah kerana saya bukanlah penulis hebat. Cuma ini adalah salah satu medan saya maka saya perlulah bertanggungjawab. Tetapi atas kekangan masa dan ketiadaan internet di rumah baru, maka bersawanglah blog ini.

Kepada yang bertanya, harap dapat menunggu saya selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun. Semoga ada sesuatu yang dapat saya kongsikan bersama anda selepas itu.




Ya Allah, berikanlah kejayaan terbaik buat kami di dunia dan akhirat. Wallahualam.

p/s: BERSIH ^_^

Friday, 25 March 2011

Ifan Makki : Waiting for the Call

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



p/s: Kagum dengan suara beliau ketika konsert Maher Zain



Wednesday, 16 March 2011

Bonggol Unta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Allah, Allah, Allah. Itu sahaja mampu saya ucapkan dalam hati apabila melihat trend berhijab sejak akhir-akhir ini. Dahulu ketika kecil-kecil apabila umi bercerita mengenai hadis tersebut saya tak dapat membayangkan bonggol unta di kepala orang. Ish-ish gaya macam mustahil sahaja.

Sebenarnya pertama kali saya melihat bonggol unta seperti yang disebut baginda SAW ketika menghadiri pameran buku sedunia di Kaherah dua atau tiga tahun lepas. Seorang wanita arab Emirate begitu anggun sehingga menarik perhatian saya tetapi saya agak terkejut kerana sanggulnya begitu pelik pada saya.




Namun kini trend bonggol unta cukup popular di Malaysia. Kadang-kadang kelakar juga memikirkan saya begitu mengelak meniru trend arab kerana merasakan tidak sesuai dengan jiwa seorang anak Malaysia. Namun apabila pulang saya melihat orang Malaysia seolah-olah meniru trend timur tengah.

Sebenarnya ini bukan isu trend semata-mata. Tetapi isu aurat yang semakin dilupakan dan tidak diendahkan muslimah kini. Rasulullah SAW telah member amaran, namun kita masih terbawa-bawa dengan trend yang tidak menepati syariat. Tak silap saya, terdapat sanggul palsu dijual dipasaran.




Terdapat seorang ustaz mengulas trend sanggul tinggi yang kian popular di Malaysia. Apa yang saya faham daripada ulasan beliau adalah sekiranya sanggul yang ditinggikan itu dilakukan dengan niat kecantikan dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram. Perlulah direndahkan sanggulnya supaya kurang ketara. Penjelasan yang lebih mendalam boleh klik.

Ketika di tadika, saya sering kecut perut apabila ustazah menceritakan bagaimana azab api neraka terhadap muslimah-muslimah yang mengabaikan aurat mereka. Isi kepala menggelegak. Rambut ditarik-tarik. Sunggguh seksa membayangkan sedangkan hakikatnya dahsyat neraka itu tidak terjangkau dek keupayaan akal.

Itu isu sanggul seperti bonggol unta. Belum lagi isu memakai tudung tapi mendedahkan batang leher. Itu trend juga saya lihat. Isu memakai tudung tetapi memakai baju berlengan pendek. Terlalu banyak isu aurat yang tidak selesai.

Saya bukanlah individu yang menolak fesyen. Bagi saya menjadi seorang muslimah kita hendaklah tampil kemas dan segak. Bukan untuk dibanggakan tetapi itulah imej seorang muslimah. Bersih dan kemas. Namun saya lihat kadang-kadang apabila kita cuba berfesyen  kita melanggar syariat.

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Fahamilah Islam secara menyeluruh. Jangan jadikan trend kebanyakan  orang sebagai dalil kita untuk membuat sesuatu. Jelas bahawa kebiasaan itu tidak semestinya benar dan keganjilan itu tidak semestinya salah. Kehidupan ini memerlukan ilmu yang benar dan tepat sekiranya syurga menjadi impian.


p/s: Mengupdate blog di Masjid Negeri ketika sendirian menunggu bertolak ke KLIA.