Wednesday, 27 January 2010

Setahun Sudah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Sudah genap setahun sepuluh hari sejak hari pertama saya mula menulis dalam ruangan blog ini. Wah setahun, sungguh tak sangka!





Saya bukanlah seorang yang pandai menulis walaupun saya adalah anak cikgu BM. Dulu kecil-kecil boleh bergantung harap umi memberi idea membuat rangka karangan. Sekarang ini harus belajar hidup berdikari. Namun ilham tetap datang daripada umi saya yang cerdik pandai itu.

Lapangan menulis bagi saya sukar berbanding lapangan bersuara. Namun akhirnya saya menyahut cabaran sahabat-sahabat saya. Kata beliau sehingga bila saya hanya terus bercakap sahaja. Malah saya akan lebih bertanggungjawab dengan apa saya nukilkan. Akhirnya saya tekadkan diri untuk mencuba.



Suatu masa dahulu kala


Mungkin setiap perkara yang saya nukilkan bukanlah diri saya sebenar tetapi sedikit sebanyak perkara-perkara itulah yang saya ingin capai. Ada masa saya bimbang kerana setiap kata-kata kita akan diuji kelak. Menjadi tin kosong adalah igauan ngeri saya.

Sungguh kini saya agak kehilangan ilham untuk terus menulis. Pernah suatu ketika saya mahu berhenti namun mengenang kembali tujuan saya menulis dan sokongan sahabat-sahabat saya cuba bertahan. Allah sahaja tahu ada masa saya begitu berasap mencari ilham namun ada masa Allah kurniakan idea yang mencurah. Mungkin ini normal bagi orang menulis.





Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan anda. Saya tahu saya tidaklah mahir menulis dan mengulas sesuatu perkara seperti orang lain. Mungkin saya syok sendiri sahaja. Namun semoga sedikit perkongsian ini memberi makna dalam hidup anda biar pun sedikit cuma. (^_^)


p/s: Ada pengunjung-pengunjung setia yang sudah lama tidak kelihatan.


6 comments:

GadisBerbajuBiru said...

keep writing ;)

saya suka baca penulisan kak didi walau hakikatnya diri mu lebih hebat apabila berkata2 di alam realiti.hehe

izzati.abdullah said...

congrate!hehe..
sape tu yg ditunggu..haha
btw..i like ur writing..keep on moving..till the end!

siiru 'alabarakatillah:)
<3

ma_mujahidah said...
This comment has been removed by the author.
ma_mujahidah said...

"p/s: Ada seorang pengunjung setia yang sudah lama tidak kelihatan"

Sprti diriku "merasai cili" & terase akn kepadasannya..

huhu~

cik hijau syg..janganlah drimu merasa terlalu rendh akn dirimu...& merendahkn kebolehan mu
krn sesungguhnya sahabat2 mu melihat sesuatu pd dirimu yg mgkin kamu tidak sedari
^___^

Teruskan nukilan mu demi membantu anak islam yg mgkn menjadi peneraju dunia islam & penegak agama suci ini pd mase akn dtg

i luv when u stat to speak...
and also when u're writing...
and most importantly.
I love u much...lillahi ta'ala
^___^

nasiayam said...

baru setahun ek ko menulis?aku rasa,mcm dah bnyk thn ko menulis..tgk gaya penulisan n penyampaian,cam org dah pengalaman lame.mgkin,ko bleh gi blik lapangan berkata2,sbb,bkn tulisan je yg wat kita berjaga2.lg mudah kiter nak lepaskan kata2,lg bnyk perlu dijaga..xgitu?ape pon media yg ko pilih ntuk menganjak pemikiran or `menampar ntuk mengejutkan bkn ntuk bersandar`org len n diri ko,aku sntiasa sokong ko,insyaAllah..wee~~

Cik Hijau said...

Terharu. Alhamdulillah sahaja yang mampu diucap, tak tahu nak cakap apa. Syukran atas sokongan semua.