Dengan Nama Allah Yang Mengasih Lagi Maha Penyayang
Sedar tidak sedar kita adalah individu yang zalim. Salah satunya kita kejam bila memperkatakan soal cinta. Tidak kiralah cinta kekasih, rakan baik atau ahli keluarga. Mari kita sama-sama muhasabah di mana silap kita.
Sekiranya anda mendapat hadiah daripada seseorang maka anda akan menghargai individu tersebut kerana kemurahan hatinya. Allah menghadiahkan kita cinta tetapi malangnya kita lebih menghargai cinta lebih daripada Allah yang memberikan cinta itu.
Banyak bukti kita lebih menghargai cinta sehingga tahap bertuhankan cinta antaranya:
- Kita sentiasa tidak sabar malah terkejar-kejar untuk berjumpa kekasih tetapi sentiasa malas malah bertangguh-tangguh untuk berjumpa Allah.
- Kita sentiasa cuba menghiburkan hati cinta hati kita dengan kebaikan kita tetapi kita tergamak mengundang kemurkaan Allah dengan maksiat.
- Sanggup bergolak-gadai demi kekasih tetapi berkira untuk menyumbang sedikit demi agama Allah.
Wajarkah kita lebih menghargai cinta berbanding Allah yang memberi cinta? Sesungguhnya balasan kezaliman kita sedikit pun tidak menjejaskan Allah tetapi kita jualah tergolong daripada golongan-golongan yang rugi.
“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan ku tambah (nikmatKu) kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu amat berat”. (Surah Ibrahim: 7)
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukakan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga..." (Surah Al-Israa': 7)
p/s: Artikel kali ini agak pendek. Asalnya dibuat pendek untuk sebuah majalah atas permintaan seorang sahabat.
p/s: Artikel kali ini agak pendek. Asalnya dibuat pendek untuk sebuah majalah atas permintaan seorang sahabat.
2 comments:
post yg sgt menarik .... memberi kesedaran pada pembaca...
aishah cm pembaca majalah org dewasa..huhuhu.komentar yg membina cik aishah.ntuk cik dil,lupe nak bincg pasl illustrasi post nih tadik.aigoo~~
Post a Comment