Wednesday, 17 June 2009

DAKWAH atau TUNJUK HEBAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Korang nak berdakwah ke nak tunjuk hebat?" Satu lontaran persoalan oleh abang saya.




APA TERJADI?

Menurut abang saya seringkala kawan-kawan bertanya maksud sesuatu perkataan ketika membaca blog yang berunsuk islamik. Mungkin kerana di kalangan pelajar-pelajar teknikal, abang saya yang pernah bersekolah di sekolah agama jadi beliau dianggap tahu sedikit mengenai bahasa arab.


BAHASA MAD'U

Ketika menulis blog yang berunsur agama dan dakwah tentu blog anda akan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat kerana ternyata dunia siber adalah dunia tanpa batasan. Mungkin tanpa kita sedar sesetengah penggunaan kata agak sukar untuk difahami. Rungutan pembaca harus diambil cakna.

Alhamdulillah dalam dunia internet yang ada baik dan buruk masih wujud individu yang kurang latar belakang agama tetapi mempunyai kesedaran untuk membaca sesuatu yang berunsur agama. Mereka memilih untuk membaca blog berunsur islamik berbanding muat turun dan menonton filem atau drama.

Jadi mengapa menggunakan istilah yang sukar. Apa salahnya permudahkan gaya penyampaian bahasa supaya mad'u kita faham sepenuhnya apa yang kita cuba sampaikan. Paling kurang, usahakan terjemah istilah bahasa arab kepada bahasa melayu untuk kemudahan pembaca.

Bahasa sedikit sebanyak memainkan peranan. Kalau bacaan tak sepenuhnya difahami maka maklumat sukar untuk disampaikan apatah lagi menembus ke dalam hati.

Lainlah memang menjadi niat para blogger sekalian bahawa pembacaan itu untuk golongan tertentu sahaja ataupun isu yang diketengahkan khas untuk kelompok berkaitan. Terpulang. Tepuk dada tanya iman.


mad'u: orang yang kita sasar untuk didakwah

7 comments:

evergreen said...

setuju post ukhti...
mudahkan ayat dakwah utk mad'u yang disayangi...

Ibnu Omar said...

PPSMI tu memang terkeluar le dengan bahasa mad'u..haha

Suhaimi said...

nasib ada terjemaahan apa maksud mad'u... haha...

boleh gunakan bahasa begitu bagi menambahkan ilmu tetapi jelaskanlah...

Anonymous said...

salam. If guna bahasa mudah tentulah kurang mencabar.

Cik Hijau said...

Hmm ada masa memudahkan sesuatu yang sukar itu lagi sukar. Anda nak berdakwah ke nak mencabar diri? Nampaknya dah menjawab persoalan di atas.

Tinta Al-Murabbi said...

Salam..sokong2x entri ini...kita menulis untuk memberitahu..bkn nk mencabar diri.huhu

TAPI:-

-kdg2 perkataan yg 'luar biasa' itu akan menimbulkan minat dikalangan mad'u utk mencari makna sebenar, maka secara tak langsung ia akan mengembangkan ilmu mrk tntang agama, bukankah ini akan meningkatkan lg keberkesanan penyampaian?

-mungkin itu kot yang dimaksudkan anonymous dgn 'mencabar'~

-sastera + dakwah = bukankah itu lebih menarik??

-byk puisi syair2 sufi yang ditulis dlm rangkai kata yg sukar difahami..adakah ini sebahagian dari kritikan yg cuba disampaikan dlm entri ini?

sy sokong dan akan praktikkan saranan dalam entri ini, cuma saya tidak melihat sgala-galanya dalam pndng sisi negatif~ weee~

alem said...

btul2..saya setuju entry ni..