Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Kak Didi, saya tak fahamlah. Anak Haji Shuhardi dan Hajah Norliza tapi anak kesayangan Norsiah. Mak tiri akak ke?" tanya adik usrah saya usai smart circle mingguan kami.
Ramai yang keliru dengan penerangan mengenai diri saya dalam ruangan About Me.
PELIK
"Mak tu adik nenek" kata saudara-mara kepada saya.
"Orang panggil Cik Noi, dia panggil mak." ejek Pie sepupu saya sehingga sekarang.
"Noi, datang la rumah ajak Ngah sekali." umi mengajak mak ngah dan mak ke rumah kami.
Kecil-kecil dulu saya sendiri pelik mengapa insan yang saya panggil mak, orang katakan beliau adalah nenek saya. Tapi saya lihat perhubungannya dengan umi saya seperti adik beradik jadi saya anggap dia kakak kepada umi. Pening juga.
"Norsiah binti Ismail, itu mak. Saniah binti Ismail, itu nenek. Norliza Mohamad, itu umi."
Rupanya memang mak adalah adik nenek tetapi kerana sejak kecil dia menggantikan tugas mengasuh saya ketika umi sibuk atau saya mendapat adik baru jadi saya anggap dia mak selain umi saya. Mak membesar bersama-sama umi sejak kecil jadi mereka kelihatan seperti adik dan kakak.
Selain umi, mak adalah insan istimewa dalam hidup saya. Saya mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai sejak kecil maka bersama maklah saya merasa hidup sebagai anak tunggal sekali-sekala. Saya tak boleh menambah susah umi melayan kerenah manja dan ngada-ngada saya.
AKTIVITI HARIAN
"Bila nak habis ni, lama betul." rungut saya dalam hati.
Sejak dulu kalau mak kalau berwirid selepas solat, sampai tertidur saya menunggu di sebelah. Walapun dimanjakan, amalan solat dan wirid beliau tidak boleh diganggu. Bila membaca al-Quran mak mempunyai kanta supaya lebih jelas bukan cermin mata, menarik bukan?
"This is Jane. This is Peter." saya bertatih cuba membaca ayat bahasa English di dalam buku keluaran ladybird pemberian mak.
Dulu, sambil menunggu mak menyelesaikan kerja mengemas dan memasak, saya akan diberi latihan membaca atau matematik. Setelah siap semua latihan dan disemak oleh mak, saya akan menampal di belakang pintu bilik beliau sehingga penuh.
SERBA SALAH
"Cukup tak duit nak pergi shopping kat KL tu?" Garu kepala saya mendengar pertanyaan mak.
Walaupun mak bukanlah ibu kandung saya tetapi beliau sering mengambil berat mengenai diri saya. Dulu memang seronok sebab selalu dapat wang saku tambahan, duit raya lebih daripada orang lain dan duit shopping.
5 comments:
:)teruskan usaha!!!
komen gmbr ko masa kecik2..antr lima2 tuh,ko msti yg ngah terbongkang[maaf bhasa yg kurang sopan--tp,xder istilah len yg sma mksud] tuh kan?hihihi..jgn mare~~
Salah la. Budak comel pegang baby. Waktu ni nak pergi tadika dengan abang.
tuut2x. tumpang lalu. mak o mak.. nak panggil mak jugak..jgn marah ye kak ila.
Sibuk je.
Post a Comment