Sanah Helwa to Fatin Hana Solehah binti Shuhardi. Dilahirkan pada 2 Jun 2004. Merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik. Memiliki nama yang paling panjang berbanding adik-beradik perempuan yang lain.
Adik bongsu kami yang cerdik dan petah bercakap menurut umi. Teramat suka warna merah jambu maka entry kali ini tulisan berwarna merah jambu.
Dia panggil saya Aya, suatu nama yang memang tiada kaitan dengan saya. Semunya bermula ketika dia mengetuk pintu bilik air dengan menyebut Aya. Barulah saya tahu dia memanggil saya Aya. Hanya dia.
Dia panggil saya Aya, suatu nama yang memang tiada kaitan dengan saya. Semunya bermula ketika dia mengetuk pintu bilik air dengan menyebut Aya. Barulah saya tahu dia memanggil saya Aya. Hanya dia.
Satu-satunya adik yang tidak membesar di depan mata. Saya tak dapat mengajar dia mengeja dan mengaji. Apatah lagi menghantar ke tadika sekali-sekala. Hanya webcam pengganti dan pengubat rindu.
Saya teringat setiap kali saya keluar rumah, Hana tahu syarat nak ikut jalan-jalan ialah pakai tudung, duduk diam dan pakai seat belt ketika di dalam kereta. Tapi, disiplin itu dipraktikkan hanya dengan saya.
Banyak lagi cerita mengenai Hana tapi cukup sekadar ini. Aya sayang Hana. Semoga Hana membesar menjadi anak yang solehah, cerdik dan pandai. Belajar rajin-rajin ok.
p/s: reward tak ponteng tadika ialah patung Burney. Kepada kakak-kakak Hana sila bacakan untuk Hana ok.
12 comments:
sempat lagi nak angkat diri noo..
hahaha
Angkat diri? Tang mana tuh, habaq mai...
salam...
da beso da hana kan..
Alhamdulillah besar dah. Teringat dulu-dulu bawa pegi sekolah. Baby lagi waktu tu.
hana kata: terimas kak ila! jgn lupa belikan hana anak patung burney. hana janji belajar mathematic rajin2, anak haji shuhardi la katakan he3.
salam..
comelnya kisah hana ni..
sambung la lagi..
Insya Allah after exam tapi takut yang lain-lain jeles. Maklum adik bukan sorang.
uiks... mana barang yg abang pesan nih..?? DHob hidup sekor.!!
Gane ambe nak bawak dhob hidup tu? Minta la minyak wangi ke. Itupun kalau budget ada.
kalau xda bajet..bagi pasir mesir udah lee.. leh buat jam pasir.. heheh
hana comelkan macam kakak dia......
barang hanim tak de lak hanim nak teddy bear and jubah
Post a Comment