Sunday 4 April 2010

Perkongsian (Edisi Qiam PUTERI'06)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah PUTERI'06 sekali berjaya mengadakan qiam. Maaf kerana saya terpaksa acting like mak atau warden asrama untuk memastikan anda tidur. Rasa mahu tergelak sebenarnya tetapi terpaksa tahan.

Sahabat baik saya merangkap ketua sc meminta saya berkongsi mengenai kempen biah solehah. Alhamdulillah Allah lancarkan bicara saya untuk kita sama-sama berkongsi perkara yang kita sudah tahu tapi mungkin perlu diingatkan sahaja.

Apa yang disampaikan hanyalah himpunan penulisan-penulisan yang ada di blog saya dan individu lain tetapi saya hanya ringkaskan sahaja. Bagi yang sedar, saya lebih menekankan tajuk aurat kemudian ikhtilat.

Firman Allah SWT: 'Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (An-Nur: 31)

Jelas bahawa ayat al-Quran di atas menuntut wanita muslimah melabuhkan tudung menutup dada. Islam tidak minta anda memakai tudung bulat atau tudung labuh 60inci (walaupun itu yang lebih baik) tetapi cukuplah sekadar yang ditetapkan piawaian menutup aurat itu dipatuhi.

Saya tidak mahu mengulas panjang, anda boleh membaca di link berikut.
Tudung, terpeliharakah kita
Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?

Kemudian kita berbicara mengenai ikhtilat. Cuma yang saya tulis dalam artikel sebelum ini (Ikhtilat) perkaitan ikhtilat dan menjaga pandangan tetapi saya tidak menyebut secara jelas perkaitan ikhtilat dengan masalah sosial (couple khususnya).

Saya adalah individu yang kurang bersetuju perkahwinan adalah jalan penyelesaian budaya couple. Bagi saya menangani sesuatu masalah perlu melihat kepada punca masalah. Dalam al-Quran menyebut jangan mendekati zina. Jadi, apa-apa perlakuan dan medium yang mendekati zina adalah dilarang dalam Islam.

Menjaga pandangan dan ikhtilat maka tiada couple
Tiada couple maka tiada zina
Tiada zina maka tiada masalah kebanjiran anak haram

Permasalah keruntuhan moral dalam masyarakat perlu diselesaikan dengan membaiki akhlak masyarakat. Bukan menyelesaikan sesuatu masalah dengan sesuatu yang mungkin mendatangkan masalah jika tersilap langkah. (ulas panjang lebar dalam entry lain)

Cuma ada sesuatu yang saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan tetapi terlupa kerana agak mengejar masa yang diperuntukan. Pada mulanya tak rasa nak sebut kerana ada sahabat-sahabat saya yang telah memasukkan dalam blog mereka. Terasa getaran melihat video ini.





Just open your eyes. Allah beri kita banyak petunjuk dan peluang cuma kita mungkin tak cukup sedar. Hidayah itu cahaya. Jika anda tidak membuka jendela hati anda untuk dimasuki cahaya, maka hidayah itu tidak akan masuk. Menjadi baik bukan sesuatu yang hipokrit. Be yourself but make it better.

Memegang agama ibarat menggenggam bara api. Jangan disangka kita ganjil dalam membuat kebaikan itulah kesilapan. Yang ganjil tidak semestinya salah dan yang biasa tidak semestinya benar.

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Sekian, sekadar coretan semula apa yang saya kongsikan bersama-sama pada malam itu. Maaf jika ada terkasar bahasa.

p/s: Saya bukan golongan ghuraba' tetapi saya impikan tergolong dalam golongan ghuraba'.

~Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah~

6 comments:

aishah said...

rugi nyer aku x dtg sc arituh....melepas nak dgr cik hijau bg pengisian.

nasiayam said...

[^o^].dila,thanks sbb sudi luangkan masa ntuk bg talk.u know what,mmg ko ckp best[dah leh la bayangkan ko bile dlm mesyuarat,huhu].nmpk terkejar je ngko,sian.huhu.n hnya Allah yg mampu balas stiap kebaikan yg ko wat,teman aku masak mlm tu,tlg sapu kan mayonis[credit to yam also].korang sume la sumber inspirasi aku.really2 thankful n grateful to Allah.

be yourself but make it better,sifirnya mudah,buatnya kekadang susah.tp,berbaloi menjadi yg lebih baik,takde kerugian lgsg.satu perlaburan yg menjanjikan kebaikan[sy tak kata `takkan disakiti`].teringat perkongsian dgn sorang ahli bait yg bertnya kat sy-kenapa bila orang nak berubah jadi lebih baik,org sllu pelik,tp bile berubah jadi kurang baik,org xkata apa?pernah tak terfkir knp jd cmtu?hurmm...?apa pendapat cik hijau?

Cik Hijau said...

To Aishah:
Itu la bila dengar shah tak datang pergi cairo aku sedih. Cewah.

To Nasiayam:
Bila masa diberi setengah jam aku minta 10 minit je. Tapi bila mula bercakap aish lupa diri. Tapi bimbang juga andai syok sendiri.

Rasanya sebab itu orang cakap nahi mungkar itu susah. Akhir zaman, kadang kebaikan itu ganjil jadi orang pun pandang ganjil, macam hadis tu sebut. Buat salah tetapi salah yang dah banyak sangat orang buat membuatkan orang pun kadang xrasa pelik.

izyan.menantumu~ said...

aishah : tu la syah.rugi tau. ain wat kebab sedap~~~ tp xpe, kite dah tolong makan kan tuk awak.hoho~

nasiayam : macam ku kenal soalan itu..hehe~

Cik Hijau said...

agak dah awak yang tanya yan. Mak rasa macam dah lama tak nampak awak. Mengapakah?

che_nab baik^_^ said...

la...ko mmg makcik2~~ jgn x mengaku~~
kui3~~