Friday, 12 June 2009

be yourself BUT make it BETTER

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Sekurangnya aku pakai tudung daripada diorang tuh."

"Semua itu hipokrit sahaja. Yang penting walaupun aku macam ni aku tak pura-pura baik macam orang lain."

"Ala, diorang pakai tudung labuh pun couple juga."

Biasakan kita dengar dialog-dialog sedemikian daripada orang lain. Ayat-ayat provokasi bagi saya.



MEMAKAI TUDUNG TETAPI MASIH MELAKUKAN DOSA

Tidak dinafikan bahawa ramai yang memakai tetapi masih melakukan dosa. Persoalan ini telah saya sebutkan dalam entry lepas "Tudung, terpeliharakah kita?".


Apa kaitan dengan tudung



MAKE IT BETTER

Kecil-kecil dahulu nenek suka menyuruh pergi ke kedai runcit Pak Dolah. Saya pasti gembira untuk menolong nenek kerana upah pasti menyusul. Malah jika baki membeli barang ada pasti nenek halalkan sahaja pada saya. Maka, saya sentiasa berharap nenek memberi duit bernilai lebih supaya bakinya juga lebih.


Nenek yang pemurah

Fitrah manusia sentiasa mahukan sesuatu yang lebih. Diberi betis mahukan peha. Begitu juga dalam kehidupan seharian, kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jadi hipokritkah kita dengan kehidupan kita?

Tidak, malah kita kita lebih hipokrit jika tidak berusaha menjadi lebih baik. Hakikatnya diri kita tenang dan mahukan kebaikan. Jadi siapa yang hipokrit?

Begitu juga dengan ibadah kita. Ibadah khusus seperti solat dan bertudung serta ibadah umum seperti menuntut ilmu, kenapa kita tidak berusaha menjadikannya lebih baik dan menarik?


Hipokritkah dia


Saya tidak menyuruh anda menjadi diri orang lain tetapi menjadikan diri anda kepada insan yang lebih baik. Kembali kepada fitrah dirimu. Fitrah dirimu yang mahukan kebaikan. Fitrah dirimu yang bencikan kejahatan. Fitrah dirimu yang malu dengan dosa. Jangan tidakkan semua itu.



KENAPA MASIH MELAKUKAN DOSA


Tart ini dibuat untuk dimakan

Jika tart diatas dibuat untuk dimakan jadi apakah tujuan hidup kita dijadikan? Mungkin ini salah satu jawapannya. Tidak jelas tujuan hidup.

“dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu." (Surah al-Dzariyat: 56)

Allah telah menetapkan tujuan hidup kita untuk beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya. Dia berhak menetapkan sedemikian kerana Dialah yang mencipta kita.

Cuma, jangan menutup ruang fikiran ibadah itu hanya solat dan puasa. Konsep ibadah dan pengabdian itu luas. Belajar juga menjadi ibadah sekiranya kita ikhlas keranaNya. Segala-galanya kerana Allah pasti diangkat menjadi nilaian ibadah.


Ibadah bukan sekadar solat


Masih melakukan dosa? Mungkin kerana kita tidak percaya sepenuhnya atau lupa kewujudan hari pembalasan.

Sekiranya kita yakin bahawa kesalahan itu dibalas dengan dosa dan dosa itu akan dibalas dengan neraka, tegarkah kita melakukan kesalahan?


Langsung tidak setanding api neraka


Sekiranya kita yakin bahawa kebaikan itu dibalas dengan pahala dan pahala itu akan dibalas dengan syurga, tegarkah kita meninggalkan kebaikan?


Syurga lebih tenang dan indah daripada ini

Maka soal kembali diri kita mengenai keyakinan kita. Jika seperti tidak meyakinkan maka carilah jalan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan itu.

Jangan lupa untuk menambah ilmu mengenai apa yang baik dan dituntut serta apa yang salah dan dilarang.

6 comments:

Zinnirah said...

Suke topik ni...

betul2....

salam...
Dilah....

em...mahal x tiket pegi mesir...mahu pegi ke sana..iA..jika ada rezeki...(^^)

Anonymous said...

pembetulan; surga lebih tenang dan indah daripada ini.

Anonymous said...

apa kata cuba menulis dalam bahasa inggeris pula macam sekali sekala dibuat musafir diri dan Killa.

Cik Hijau said...

Susah along pakai nama lain nih. Hmm, student tajaan mesti ada duit insya Allah. Mahal ke tak kita bincang bila serius nak datang ok.

Menulis dalam bahasa inggeris mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi agak mencabar kerana bahasa Melayu pun mampu membuat idea saya meruap. Insya Allah.

Cik Hijau said...

Ya Allah ingatkan siapa yang komen rupanya umi. Aish Cikgu Liza yang makin maju.

Rubber said...

i wish u wud type in english as well. or have an english version of your blog.
Rubber