Tuesday, 2 February 2010

Hidup = Cabaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saya teringat kali pertama saya berbelanja barang-barang rumah sendiri ketika tingkatan  3. Ketika itu bersama-sama abang hanya tua setahun dari saya membawa 5 adik-adik kecil ke pasaraya. Abuya hanya menyerahkan RM500 kepada kami kerana tidak dapat turut serta. Umi ketika itu tidak sihat. Adoi, mahu tidak mahu kami perlu mencuba.

Setelah masuk ke dalam pasaraya, saya dan abang masing-masing mengambil troli. Kami empat yang teratas bermesyuarat kecil keperluan-keperluan yang perlu dibeli. Maka kami menolak troli dan sesi memilih produk-produk yang biasa dibeli umi bermula (dengan sedikit tambahan barang yang teringin dibeli).

Adik-adik kecil dibenarkan membeli sejenis sahaja barang setiap seorang. Jika dihalang boleh riuh pasaraya dengan gema suara mereka meminta itu dan ini. Namun itupun dah cukup riuh kami 7 beradik ketika itu. Kalau fikir-fikir balik rasa mahu tergelak sendiri.




Sejak tingkatan satu umi dan abuya memberi kepercayaan kepada saya dalam urusan membeli barang keperluan rumah serta keperluan sekolah saya dan adik-adik secara berperingkat. Abang pula lebih kepada urusan bil rumah dan membaiki apa yang perlu. Mungkin ini perkara biasa kepada sesetengah orang dan mungkin jua ini adalah perkara luar biasa memandangkan kebiasaannya ini adalah tugas yang biasa dilakukan ibu bapa apatah lagi sekiranya usia ketika itu masih muda.

Ada masa saya terfikir kenapa saya perlu kelihatan tua sebelum waktunya. Pergi ke pasaraya persis ibu anak tiga (malah saya pernah dianggap ibu anak anak tiga) membeli segala barang keperluan. Kadang-kala gaya saya menawar harga ala-ala gaya umi memaksa tauke kain mengurangan harga menyebabkan orang beranggapan saya sudah berkahwin. Tidak mengapa asalkan harga dikurangkan.

Bukanlah saya mahu bercerita soal membeli-belah atau tanggungjawab yang ada tetapi itulah kehidupan yang tidak lari daripada cabaran dan tanggungjawab. Cabaran kepada saya untuk berbelanja sejimat dan seefektif mungkin (cabaran kerana saya suka "berbelanja" ^_^). Cabaran saya untuk memastikan keperluan keluarga mencukupi. Cabaran kepada saya untuk membantu meringankan beban umi dan abuya dengan cara yang saya mampu. (Tapi itulah yang menggembirakan)

Ada orang yang takutkan cabaran dan tanggungjawab dengan lagi dengan alasan tidak sedia. Cabaran itu adalah masalah yang perlu ditangani dengan bijaksana bukan menjadi alasan untuk kita lari. Kadang-kala tanpa kita sedar kita terus lari daripada masalah tetapi berulang-ulang kali masalah itu jua yang kita hadapi.




Jadi, jangan terus berlari tetapi sambutlah cabaran. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ujian itu adalah tarbiyah yang Maha Esa untuk mendidik kita. Hidup tanpa tanggungjawab dan cabaran itu bukanlah kehidupan. Bak kata sahabat baik saya, ketika mahu memulakan sesuatu teramat sukar tetapi jika kita sudah memulakannya, kita tidak sedar bahawa kita telah pun berada di atas jalan yang sukar tadi.


3 comments:

nasiayam said...

assalamualaikum w.b.t,

taking the quotes:"jangan terus berlari tetapi sambutlah cabaran. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Cabaran itu adalah masalah yang perlu ditangani dengan bijaksana bukan menjadi alasan untuk kita lari. Kadang-kala tanpa kita sedar kita terus lari daripada masalah tetapi berulang-ulang kali masalah itu jua yang kita hadapi."

dlm mengejar dunia,kita digalakkn ntuk ithaar[mendahulukan]shbt dan org len.tp,dlm konteks mengejar akhirat,tiada istilah ithaar dan `tunggu&lihat`--nmpk je ada tpt ntuk makmum utama,cpt2 berkejar ntuk dpt tpt tuh.cth je tuh.harap cikhijau fhm.

cabaran ntuk cik hijau.aku hormati keputusan ko yg sblm ni.tp,aku nak remind kan ko,ttg hal yg satu tuh."tiada istilah ithaar dan`tunggu&lihat' dlm pkara berkaitan akhirat".xnak rushing kan ko.take ur steps carefully n gracefully,may Allah bless u.

p/s:tinggal brape bulan je pon nak ke thn dpan.if ur 1st step begins ds year,d next part will become easier,with God`s will.ko bkn nak cari nahas,tp nak cari kebaikan.kan?cabaran tuh,dlm stiap lngkah yg kiter akn amik,cabaran mgkin berbeza,tekanan tuh ttap sama.

mcm jgk bile aku amik keputusan nak `cuti` ats sbb..[ko sndiri tau kan?^^]--kalo aku truskan keje tu,cbrn ttap ada,bile aku xtruskan keje tu,cbrn ntuk aku isi masa kosong aku dgn pkara berfaedah.bile aku amik keputusan nak berkeje dgn persatuan,dah mudahkan 1 pkara-aku ada bnda ntuk isi masa lpang n aku mesti bijak urus masa antr persatuan n bljr.tp,bile aku ber`cuti`,satu hal len plak--nak kena jawab mcm2 persoalan,nak kena tahan mulut org,rs tertekan lg.

either way,it will cost u the same..BUT with different experiences.both experiences is needed n essential for life time.n aku yakin,lngkah yg ko amik,is the best for u,with God`s will.jzkk.

Cik Hijau said...

Mendalam pesanan. Kesian pembaca lain tak faham. Akan difikirkan. Tahukan sahabat seorang ini macam mana.

chickenrice said...

ngengada dila..xdela mendalam sgt..xper..ni mmg spesel ntuk ko jah..pembaca len,minta maaf la kalo xfaham.ada org penah gtau sy--`xper ain,satu hari nnti,ain akan faham.dah tibe masanya ain tahu,ain akan tahu`[quotes from mazliana-saje nak mention jgk].n what do u know,mmg btul la doa die tuh..kiter akn tahu kebenaran nyer lmbt laun if kiter tunggu sambil berusaha.^^.keinginan ntuk tahu tuh,jgn jadikan sbg api yg marak n terpadam slamanyer,biar jadi bara--sntiasa menyala n konsisten.tuh sbbnya,kiter nak bg lemang sedap,kiter letak ats bara.bkn atas api yg menyala.ada la manisnya kat ctu kan..wee~~