Apabila bercakap mengenai kekaguman kita pada Rasulullah. Kecintaan kita pada baginda. Saya malu akan diri sendiri. Mengapa?
"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
Rasulullah yang kita akui sebagai role model kehidupan kita tidak bercakap dengan bahasa seperti orang rendah taraf pendidikan. Tidak berakhlak dengan akhlak yang teruk. Baginda tidak bergurau dengan mencarut dan rendah tarafnya.
Rasulullah berbahasa dengan bahasa indah, berakhlak dengan akhlak yang memikat dan bergurau dengan cara yang sesuai. Adakah kita mencontohi baginda?
TERGANGGU
Sepanjang saya melayari dunia blog, pelbagai ragam dan style. Ada blog yang membantu dari segi pelajaran (terima kasih kepada firdaus untuk analisa subjek pharma), memberi maklumat tambahan, menceritakan teladan kehidupan (contohnya blog sahabat saya syakila) dan juga menghilangkan tekanan. Namun kadang kala saya agak terganggu dengan gaya penulisan sesetengah blog.
NILAIAN AMALAN
Allah Maha Melihat segala tindak tanduk kita. Setiap amalan kita akan dinilai setimpalnya. Biarlah budaya blog ini memberi manfaat dan diterima sebagai nilaian ibadah walaupun blog kita bukanlah blog agama dan hanya sekadar perjalanan pengalaman kehidupan. Janganlah budaya ini termasuk jalan untuk kita menuju kelalaian.

Dalam dunia blog, tidak mengapa apabila menulis blog menggunakan gaya santai atau sempoi demi menarik perhatian pembaca tetapi biarlah adab sopan itu terpelihara dan nilaian moral yang rendah itu dihindarkan. Saya tidak berniat untuk menghalang cara anda yang tersendiri. Saya sedar saya baru bertatih dalam dunia blog malah penulisan saya tidak selancar bicara saya.
NILAIAN AMALAN
Allah Maha Melihat segala tindak tanduk kita. Setiap amalan kita akan dinilai setimpalnya. Biarlah budaya blog ini memberi manfaat dan diterima sebagai nilaian ibadah walaupun blog kita bukanlah blog agama dan hanya sekadar perjalanan pengalaman kehidupan. Janganlah budaya ini termasuk jalan untuk kita menuju kelalaian.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu" (Az-Zariyat:56)
Sebagai peringatan kepada diri saya yang sering terlupa dan juga sahabat-sahabat yang sudi membaca. Wallahualam.
p/s: sahabat saya pernah berkata, blog anda kadang kala melambangkan siapa diri anda. Sesungguhnya manusia itu mempunyai pelbagai wajah.
3 comments:
Assalamualaikum wbt.
Menulis itu bagaikan bicara.
"Tidak lurus keimanan seeorang kecuali hingga lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseorang sehingga lurus pula lisannya" (Hadith Riwayat Ahmad)
Setiap patah yang ditulis tetap ada nilaiannya samaada nilaian manusia dan lebih2 lagi nilaian-Nya. Jangan lupa ia juga memberi sumbangan pada timbangan Mizan.
Selamat berblog!
SALAM ZIARAH...stiap tindak-tanduk kita mstilah disandarkan krn ALLAH...krn stiap amaln yg kita lkukan pasti dicatat demi masa dpn kita di akhirt kelak...dan juga utk kita mndpt habuan yg sgt manis ..iaitu syurga..smoga apa yg kita buat dpt mngkkn agama ALLAH dan strusnyer mngubah masyrkt dunia yg semakin ke arah suasana jahiliah..insyaALLAH smoga blog yg kita buat ni sedikit sbnyk dpt disumbgkn utk agama islam..SLAMAT BERBLOG ADILAH...(NUR)
Ya.. begitulah kiranya,
Saya pulak baru nak merangkak ke alam blogging, terima kasih atas peringatan..
tapi,terbalik.. penulisan saya lebih lancar dari bicara saya ( sbb x ade skill)..
Aduh, teringat satu lagu zaman kanak-kanak..
* Akhlak mulia ibarat kuntum bunga.. (^_^)
Post a Comment