Thursday, 2 April 2009

Salah Dengar



Teringat perbualan dengan umi dan abuya melalui ym.


"Umi dah baca blog akak?"

"Yang mana satu? Kejap umi suruh Cik Nab bukakan."


"Ghuraba tu apa kak?"


"Ala, gerobok, tempat simpan barang tu" Dengan penuh yakin abuya menyampuk.


"Apa abuya, gerobok. Ya Allah itu gerobok simpan makanan, blog akak GHURABA maksudnya orang asing."


Aduhai, mungkin abuya tersilap dengar. Lain jadi maknanya. Takpelah, terhibur kami tiga beranak.


“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]


Semoga kita sama-sama tergolong daripada golongan GHURABA.




Ghuraba -
p/s: Perlu mengurangkan aktiviti blog memandangkan peperiksaan yang kian hampir.

9 comments:

Unknown said...

Saya ada cerita yang hampir sama. Saya beritahu adik saya yang blog saya telah dikunjungi 13,000 kali.

Adik saya agak terkejut kagum, lalu memberitahu hal ini kepada mak saya.

Mak saya balas, "Ramainya yang ziarah... Nampak rumah hari tu kecik saja..."

Mak saya sangka blok rumah...

Isk!

Anonymous said...

lawak sangat kot entry kali ni...
huahauhu~
[oppss~~~kalau ngan dila kene gelak sopan2 je..sat gi kang die duk gosok2 blakang kite..yan,orang perempuan takleh gelak besar2...kuang3]

p/s:
patutla...orang susah sangat nak terima bila kita nak buat kebaikan...mesti ade orang kondem punya~... ^_^

Cik Hijau said...

Cabaran buat baik kdang memang besar. Tp ada masa kritikan jgn dianggap kondem. Kondem2 ni normal, itupun belum lg kt nak hadapi budaya kondem bila balik malaysiakn...(^_^)

chickenrice said...

uuu..segenihrubu3 turut hadir dlm perbincangn santai ni rupe nye...[yan,besar sgt la ko gelak..lg,bgus ape kalo dila urut2 blakang ko,kluar sgala `anasir2` yg ada dlm badan ko tuh].


--slh dgr lg better dr slh fhm,bile slh dgr,xsmestinya dia slh fhm.tp,kemungkinan ntuk slh fhm ttap ada.slh fhm bleh bawak kpd kerosakan jiwa,slh dgr bawak kepada gelak tawa--

tringat dkat ibu aku yg sllu tnya kat aku[yg blik skali setahun ni]`bunyi apa tuh?`,bile die dgr bnyi mesin basuh aku ngah spinning kat blakang rumah...[yg tu,aku xtau nak kta ape,xpasti slh dgr atau kes len...huhuhu.padahal,die stiap hari basuh baju kat rumah slama aku xder.nak katanye,prasangka dia kot2 org pecah masuk rumah la kot..huhuhu]

Samudera Tinta said...

Salam ziarah,

Macam familiar dengan lelaki di sebelah kanan itu. Selalu nampak di Bangi. Ayah saudari kah?

Cik Hijau said...

Wslm. Syukran bertandang. Memang ayah saya.

chickenrice said...

uish dila...ada org nak masuk meminang ke?yes!!dila kawen dlu..huhuhu

Cik Hijau said...

Astagfirullah. Orang bertanya je tu. Syuh2 study.

alKhair said...

suke hadis itu....

salam...

cik hijau....saya br menjinak2 kan diri dalam penulisan ini...semangat dari cik hijau...terima kasih...hehehe..(^^)

salam perantauan...dari Auckland..;P