Wednesday, 16 June 2010

Umi Kemalangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kira-kira dalam pukul 6 pagi lebih saya berusaha menghabiskan sisa tajuk Lymphoid Tissue and Leukemia. Menjadi kebiasaan apabila satu-satu tajuk berbaki 2 hingga 3 muka surat pasti menjadi cabaran kepada saya untuk menghabiskan tajuk berkenaan.

Tiba-tiba adik di Jordan memberitahu bahawa umi kami kemalangan kereta di Malaysia. Adus, kredit telefon dan internet kedua-duanya habis. Saya mati kutu memikirkan cara bagaimana hendak menghubungi umi. Walaupun dikhabarkan keadaan tidak begitu serius, bimbang tetap bertandang di hati.

Alhamdulillah akhirnya sahabat saya Maryam menghulurkan bantuan untuk menopup kredit low rate voip. Akhirnya saya berjaya menghubungi keluarga walaupun agak lewat. Pada mulanya hanya bertanya keadaan daripada cik Nab kerana tidak mahu mengganggu umi berehat tetapi mungkin umi terdengar saya menelefon, beliau mahu juga bercakap.


umi dan maryam


Sayu apabila mendengar suara perlahan umi. Saya tahu beliau agak sukar bercakap kerana jahitan di mulutnya malah butir bicara kata-kata umi juga saya kurang fahami. Saya berusaha memahami tanpa memaksa. Sekadar memberi respon yang termampu.

Entah kenapa saya terbayangkan keadaan umi ketika sakit menanggung tidak selesa kesan pembedahan selepas melahirkan Hana. Ketika itu barulah saya merasai betapa deritanya ditanggung insan bergelar ibu. Tetapi, inilah manusia yang mudah lupa. Kadang-kala tanpa sedar ada tindakan kita yang menggores perasaan ibu kita.

Dikatakan punca kemalangan adalah kerana umi mengantuk ketika memandu. Sebenarnya saya juga bimbang kerana sejak 2 tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama. Mata ini teramat mudah tertutup ketika memandu. Malah kadang-kala deruman enjin seolah-olah irama yang mendodoi saya untuk tidur.

Apa-apa pun pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Saya perlu lebih gigih berusaha untuk peperiksaan akan datang dan pulang lebih awal. Semoga umi cepat sembuh tanpa sebarang komplikasi. Harap rakan-rakan dapat membantu mendoakan kesihatan umi saya.

6 comments:

NurulAinWASI said...

semoga umi didie cepat sembuh insyaAllah :)

Cik Hijau said...

Syukran

menantu.kecewa said...

syafahallah~~

mak, sampai hati sebut nama yam je...saya pun ada gok..ishk2. kesuk hati...T_T

nasiayam said...

i am sorry to hear about ur mom bang..sorry la tak tnya kabor,crdit aku pun ngah mengah skrg.

lorr,menantu kecewa atas ni..tak penting suma tuh.tak kesah kalu mak mertua tak sbut nama kamu..yg penting Allah tahu.^^.

smpai berjahit?teruk jgk tuh..kalu ko tpon mak ko lg,smpaikan salam kat dia ye?

ntuk ko,mintk org len jela yg drive.asek tertido jah bahaya sehh..jadi co-driver takpe lg nak tido.jd driver pon tido,parah habis..ceh.nak marah btul aku dgr ko leh tido smbil bawak keta.bukan stakat bahayakan nyawa org len,nyawa ngko ngan adik2 ko tu dlm bahaya!

Cik Hijau said...

Maaf la menantu kecewa, mak tak tau pun.

Tindakan yang diambil jika mengantuk adalah tukar pemandu dan jika tiada pengganti maka adik-adik terpaksa pasrah tunggu kakak dia tidur sekejap. Jadi tak perlu nak marah.

Terima kasih atas keprihatinan dan doa semua.

Nur Humaira said...

syafakillah buat umi dila.moga cepat sembuh seperti sedia kala