Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
(Entry kali ini khas buat adik-beradik saya.)
Menjeling-jeling kalendar di sisi meja sambil termenung melihat tarikh 6 Jun. Fikir dan terus berfikir... Ya Allah, terlupa Hari Lahir Hana. Adik bongsu yang dikhabarkan kerap kali menolak panggilan abangnya daripada Jordan dengan alasan tengah basuh pinggan (kata Nab, kaki Hana yang pendek membuat dapur menjadi sungai).
Latop tua saya yang cukup berjasa ini pula mengalami masalah sistem bunyi maka hanya sms sahaja tanpa panggilan telefon ke rumah. Harap-harap umi tidak merajuk kerana jarang menelefon rumah.
Ok, kerana bilangan kita adik-beradik agak ramai, akak pukalkan sekali semua dalam satu entry. Selamat Hari Lahir adik-beradikku bagi yang sudah lepas atau akan datang. Yang penting doanya bukan hadiahnya kan (^_^)?
Abang
(comelnya abang saya)
Muhammad As Suhami bin Shuhardi
17 April 1987
Ipah@Ngaripah
Nur Afifah bte Shuhardi
12 Jun 1989
Acik
Ahmad Muhammad Syamil bin Shuhardi
26 Disember 1990
Cik Nab@Ummu
Ummu Nabila bte Shuhardi
16 Julai 1992
Ikah
Syafiqah Aina bte Shuhardi
11 Oktober 1993
Ab
Khairul Abqariiyah bte Shuhardi
28 Oktober 1995
Hanim@Adik
Khadijah Hanim bte Shuhardi
28 November 1997
Hana
(Sebelum memandu baca doa)
Fatin Hana Solehah bte Shuhardi
2 Jun 2004
Hebat tak, akak tahu semua tarikh hari lahir korang? Semoga membesar di bawah rahmat dan perlindungan Allah. Adilah the great (bak kata abang) akan balik tidak lama lagi. Nantikan kepulangan yang bermakna ini (huhu).
p/s: Hampir 5 draft namun satu pun tidak selesai untuk disiarkan. Oh rindunya mahu update blog.
11 comments:
mungkin kepulangan ke malaysia yg bermakna tahun nih anda akan dapat sebiji laptop baru barangkali...heheh
huhu...malangnya senarai menanti bantuan latop begitu panjang. Nampaknya keberangkalian begitu rendah.
oh mak, ni dah ala2 entry saya ni. huhu~
ele awak perasan...mak lama dah nak buat entry sjak bezday sape ntah...
assalamualaikum,
laptop tuh bukan la barangan 1st priority adilah shuhardi.dio nak cermin mato itam ngan mp3.bukan nak kato apo la dila..boli yolah hndpon baru,boli `chocolate bar`,tahan lamo skit.kok kalau nak `clamshell`,`slide` n apo2 yola yg len tuh,copek skit musnah eh..sonang cito,boli henpon yg function music eh baguih..jimat da duo perkaro kek stu.cormin mato itam..ko tkar yola cormin tuh yg ada argentum tuh(eh,yoko argentum?),bilo ada matahari,dio pon tkar jadi itam..jimat maso,jimat duit.tak gtu?sobab eh la kan den mencadangkan hal ni,den tgk dah,org2 skeliling den yg pakai cormin mato itam ni,kdang2 dio lupo nak bawak cormin mato itam eh la..da suro mintak tughun(turun)bakuw(bakul),suro den passing cormin mato eh ko bawah.maun yo den compak an daghi(dari) ateih nia(sini ha).silo la pikir2 an den nyo cadangan ni.bukan apo.shbt2 ko ni,poket eh da berlubang..haha.almaklum la,ado 1st priority nak simpan duwet..nge3..den nak yo buek dana`boli mp3 dan cormin mato itam utk adilah shuhardi`,tp ghaso2 macam xssuai pulak.dana ntuk tabung palestin kek ghumah ni pon,dah beghabuk tolan dek zaman.hehe.apo2 pon,moga2 la dapek apo yg diinginkan tu yo..sonang cito eh,kawin mo(sama@dgn)org pemurah.kok kawin mo org kayo tp kodokut,satu sen pon xjadik..hehe.study baik2 lo tuh..
Wehhh nak gelak kuat2 baca komen Ain kat atas ni boleh tak HAHAHAHAH. Seriously Ain aku rasa kau patut buat blog sendiri lah! So far yg aku observe, kat blog Dila ni komen Ain yg paling best & berjela sebatu. Hehehe :P
Oh tak berkaitan dgn topik pulak. Btw kepada pemakai2 spekmata hitam, sentiasalah letak spek tu dlm handbag, jgn nak mengada keluarkan. Pastu kalau nak tukar handbag pun kena always ingat lah. Hehe - pesanan penaja (tp tak mampu la nak taja org lain beli spekmata hitam)
&&& Happy Birthday to Hana :)
Ini la masalahnya. Tajuk blog ni tak bkaitan dgn komen tu pun. Adoila abis pukul loceng kat smua org.
Btw thankz zura sbb paling kurang ada komen yg wish bezday Hana.
dila, kepulangan bermakna tu apekah? hahah
Alamak...
Ok saya terlupa perlu elakkan ayat2 yg menimbulkn tanda tanya spt itu.
Kepulangan bermakna itu kerana balik ini ada misi khas dgn family.
Eh apelah kamu nih merepek nih~~~ xkena langsung dgn entry nih~~~ meh sini saya ajar cara nak komen yang betul~~
pertama~~
komen mesti berkaitan dgn isi entry
cth " eh cumelnya abg diaaaa~~"
itu sahaja~~ faham???
dilah nak balik??? kereta full house 3 bulan!!!
kereta full house 3 bulan tu kebenda?
Post a Comment