Mungkin saya boleh dikategorikan sebagai orang yang susah untuk tersenyum ditambah raup wajah yang serius. Malah suatu masa dahulu saya sering disalah anggap kerana sukarnya saya untuk senyum pada individu lain terutama ikhwah.
Di kelas terdapat seorang sahabat saya yang juga merupakan bekas jiran saya. Beliau sering menyatakan kegembiraanya melihat saya tersenyum dan gembira. Sekiranya seharian saya di kelas tanpa kecerian dan senyuman pasti saya akan ditegurnya. Begitu juga sahabat karib saya apabila saya menoleh kepadanya tanpa senyuman pasti saya ditegur supaya senyum. Terima kasih kerana membantu saya untuk tersenyum.
Apa yang begitu penting pada senyuman? Seorang lagi sahabat saya mengingatkan saya mengenai sebuah hadis.
Rasulullah SAW bersabda: "Senyum kamu di hadapan saudara adalah sedekah. Janganlah kamu meremahkan sedikit jua daripada perbuatan baik, sekalipun sekadar kamu menampakkan wajah yang manis kepada saudara kamu"
Senyuman yang ikhlas daripada seseorang walaupun tidak dikurniakan wajah yang jelita atau tampan tetap menyenangkan hati insan yang melihatnya. Amalan senyum dan memaniskan wajah dapat mengeratkan ukhwah di kalangan kita.
Tiap-tiap amalan ma'ruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan ma'ruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Berdasarkan dua hadis tadi, senyum adalah sedekah malah boleh dianggap sedekah yang mudah. Pernahkah kita diminta membayar demi sebuah senyuman? Amalan sedekah merupakan amalan yang dituntut dalam Islam.
Allah berfirman: "Sungguh telah ada pada Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Al-Ahzab:21)
Amalan senyuman adalah sunnah Rasulullah yang merupakan tauladan kita. Jika bukan kita umatnya yang menegakkan sunnahnya, siapa lagi? Maka marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa tersenyum atau memaniskan muka.
p/s: semoga Allah mengurniakan saya kekuatan untuk terus tersenyum tidak kira di kala senang atau mudah. Teringat lagu raihan, SENYUM.
1 comment:
senyumlah,senyumlah ahai cik mek molek...senyum n tawa ko leh merubah keadaan n menenangkan hati shbt2 yg len..every smile has its own meaning[btul ke aku ckp ni?].moga senyuman ko,walau dlm pahit or manis nyer keadaan,menjadi ketenangan ntuk seseorang insan.[^^]
Post a Comment