Saturday, 6 March 2010

Musyrif oh Musyrif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Budaya biasa di Mansurah para Ikhwah tolong mengangkat beras untuk kita, menjadi musyrif, menghantar ke lapangan terbang, membantu dalam sesetengah urusan dan pelbagai lagi. Ini bukan pujian semata dari saya tetapi inilah hakikat.

Pernah saya cuba membayangkan diri saya di tempat mereka mampukah saya untuk berkorban seperti itu. Ada masa saya rasa tidak dan sebaliknya. Masa terpaksa dicuri dan dibahagi-bahagikan. Malah kadang kala pitis dan kredit turut melayang.

Terasa diri menjadi beban kepada orang lain dalam kondisi pelajar perubatan yang sedia sibuk sentiasa membuatkan saya berat untuk patuh pada sistem musyrif tambahan ada fatrah sukarnya untuk mencari musyrif sehingga terpaksa menebalkan muka untuk menelefon mana-mana ikhwah yang sudi menjadikan lagi sukar untuk patuh kepada sistem ini.

Pernah sekali saya merungut kepada adik saya di Jordan. Setahu saya (kalau tak silap) beliau antara orang yang kuat berpegang pada sistem musyrif atau dipanggil muraqib di sana. Katanya ini bukan soal minta tolong tetapi soal tanggungjawab. (Tetapi tidak bermakna akhawat tidak perlu menghargai pengorbanan musyrif)


 Bersama musyrif  di Sinai


Kepatuhan kita pada suatu sistem atau peraturan sepatutnya bukanlah disebabkan dasar paksaan tetapi kefahaman. Akhawat menggunakan sistem musyrif dan ikhwah sudi menjadi musyrif kerana faham tuntutan keselamatan yang wujud bukan kerana ia adalah peraturan semata-mata. Kadang-kadang kita terlalu sibukan peraturan sehingga lupa tuntutan sebenar kenapa peraturan diwujudkan.

Permasalahan yang ada sekarang berpunca dari kedua-dua pihak. Ada masa cara akhawat meminta tolong bermasalah dari segi adab. Ada masa ikhwah yang dianggap faham tuntutan sistem ini mengelak untuk menjadi musyrif. Jangan akhawat sudi menggunakan musyrif, anda mengelak, apabila ada yang tidak bermusyrif pula anda mengutuk.

Saya sendiri tidak mahu berbicara panjang soal ini. Bukan tidak pernah saya melanggar peraturan. Tetapi sehingga kini saya cuba menanamkan kefahaman mengapa kita perlu susah-susah dengan sistem ini. Apa-apa pun, marilah kita berbalik kepada pergantungan kita kepada Allah. Berdoalah semoga setiap pekerjaan kita dipermudahkanNya. Mungkin kadang-kala tindakan kita untuk keluar malam bukanlah tindakan terbaik sehingga sukarnya untuk kita keluar malam.

Wallahualam.




p/s: kadang kita terbiasa dengan perkara salah yang biasa dan ganjil dengan perkara betul yang ganjil


2 comments:

Perantau Kasih said...

kitaorg pun ada 'musyrif' gak, tp 'musyrif' berbayar la. haha

M.Affan Ns said...

jgn bergantung tanpa usaha... :)