Saturday 20 March 2010

Nak Jadi Sabun?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini giliran saya untuk memasak makan malam. Dalam kerancakan tangan membasuh pinggan mangkuk selepas memasak, saya melihat buih di tangan saya. Terdetik di hati, alangkah bagus sekiranya manusia seperti sabun. Tidak kiralah sabun mandi, sabun basuh pinggan atau segala jenis sabun. 




Sabun menanggalkan dan membersihkan kotoran yang melekat juga meninggalkan bau wangi yang menyenangkan. Saya rasa tiada sabun yang tidak wangi di dunia ini. Malahan ada sabun yang mempunyai nilai tambah seperi melembutkan kulit tangan dan baju yang dibasuh. Dengan teknologi yang ada, pelbagai jenis sabun dengan pelbagai faedah dicipta.




Jadi apa kaitan sabun dengan manusia?

Firman Allah SWT :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Ali-Imran:104)

Manusia yang mengaku beriman kepada Allah ditanggungjawabkan untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kebenaran. Ibarat sabun tadi bukan sekadar membuang kotoran atau meninggalkan kesan wangi tetapi kedua-dua. Begitu juga manusia, bukan sekadar membuat kebaikan tetapi juga membuang daki maksiat manusia dengan mencegah kemungkaran. Mampukah saya jadi seperi sabun?




Sekadar perkongsian ringkas sementara menunggu ahli beit saya yang keluar berbakti seperti sabun untuk makan malam bersama-sama.

2 comments:

nurularshad said...

sabun yg baik,adalah sabun yang membersih,mewangikan perkara yang akan dibersihkan dan jugak mengelakkan dirinya ditumbuhi kulat.sbb,mengikut kajian pakar mikrobiologi,sesetengah sabun buku bleh menjadi tpt pembiakan bakteria dan fungus.menarik kan?so,jadikla sabun cecair ntuk mengelakkn diri mendapat jangkitan kulat n bakteria.^^.

menjadi sabun is one thing,tp other factors main peranan jgk.sebelum sabun berguna,sabun kena ada air dlu[ibaratnya,sebelum jadi org yg menyeru kebaikan n mencegah kemungkaran perlu ada ilmu dulu n sentiasa mencari ilmu].mcm jgk sabun,perlu sntiasa ada air spya function nya optimised.

oleh yang demikian,jadilah sabun yang tidak dijangkiti bakteria dan kulat ketika bertugas membersih dan mewangikan perkara yg perlukan pembersihan.^^

Cik Hijau said...

Tapi zaman sekarang wujud orang yang ada ilmu tapi tak berani sebar ilmu. Lagi parah ada ilmu tapi tak amal. Alahai~~