Monday 22 February 2010

Oh Persepsi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Amaran! TOLONG baca entry ini dengan nada yang tenang kerana penulisnya sendiri bertenang ketika menulis. Saya menulis dengan hati yang berat tetapi inilah risiko yang harus saya tanggung. Tenang itu akan terganggu jua.


Kisahnya...
Saya mempunyai suara yang agak kuat. Mungkin kerana dipengaruhi bilangan adik-beradik yang ramai serta aktif. Bercakap di khalyak ramai membiasakan saya bercakap dengan jelas supaya semua hadirin dapat mendengarnya (jadi orang belakang tak perlu menjenguk-jenguk untuk mendengar) menyebabkan kadang-kala nada suara saya meningkat dengan intonasi ketegasan dan semangat.

Sebenarnya kadang situasi tersebut mendatangkan masalah kepada saya. Saya tahu saya kurang upaya mengawal intonasi suara terutama ketika menyatakan pendapat tapi saya masih mampu mengawal setiap perkataan dalam setiap kenyataan saya. Kepada insan-insan tertentu perlulah sedar bahawa setiap perkataaan yang diutarakan pasti membawa makna yang berlainan dalam setiap kenyataan atau idea saya.


Apakah masalah itu? 
Masalah persepsi insan-insan tertentu yang sukar menerima setiap insan itu mampu berubah. Masalah persepsi insan-insan tertentu yang menganggap saya seorang ego dan suka mengkritik orang tanpa belas kasihan mungkin. Contohnya pernah dalam suatu sesi muhasabah saya menyebut perkataan kita perlu CUBA untuk membaiki kelemahan sikap tertentu demi kemaslahatan bersama. Perkataan CUBA tadi jelas bahawa saya tidak menyalahkan orang yang telah berusaha tetapi tidak berjaya.


Apa yang berlaku? 
Ada insan tertentu yang bangun mempertahankan diri dengan teguran janganlah kita mudah buruk sangka atau menghukum tanpa usul periksa. Astagfirullah, langsung tidak terlintas di benak saya untuk menghukum sesiapa tetapi hanya sekadar renungan bersama kerana saya juga kadang melakukan salah yang sama. Jelas orang mudah membuat kesimpulan atas kenyataan saya tanpa merenung apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan.


Kenapa tiba-tiba saya menulis mengenai perihal ini? 
Mesej yang saya hendak sampaikan adalah tidak semua manusia anda mampu menilai dari segi luaran sahaja. Kesimpulan dua atau tiga tahun lepas malah 10 tahun lepas tidak sama dengan kesimpulan masa kini.
Mungkin dulu saya seorang yang agak keras tetapi tidak mustahil saya berubah menjadi manusia yang lebih flexible
Mungkin dulu saya seorang yang agak bebas berbelanja tetapi tidak mustahil saya berubah menjadi seseorang yang lebih berhati-hati dalam menyusun belanjawan. 

Saya letih dengan persepsi-persepsi lapuk mengenai diri saya oleh insan-insan tertentu. Mungkin kerana personaliti dan wajah saya yang serius, saya pernah dituduh mengawal segala keputusan dan tindak-tanduk dalam Imtiyaz. Adus, personaliti ketika bermuamalat dengan ikhwah dan bekerja dalam persatuan pasti tidak sama ketika saya bersama-sama ahli beit, kawan-kawan dan adik-adik.


Hati-hati. 
Bukan bererti saya tidak menerima sebarang kritikan. Insya Allah saya menerima sebarang teguran yang membina tetapi bukan prasangka yang menbenam. Saya pernah ditegur secara berdepan oleh seorang ikhwah. Kata beliau saya agak kasar ketika bermuamalat. Mungkin ketika itu terguris hati mendengar tetapi akhirnya saya terima ia sebagai satu muhasabah untuk membaiki sikap saya.


Kesatuan
Kadang-kadang kita sibuk bercakap mengenai kesatuan tetapi perkara-perkara seperti ini menyebabkan sukarnya hati kita untuk bersatu. Dalam Islam kita diminta untuk bersangka baik sesama muslim. Tetapi jika inilah yang terus berlaku, akan wujud kedinginan dalam ukhwah kita.

Apa-apa pun saya meminta maaf. Mungkin insan-insan tertentu ini pernah trauma dengan saya menyebabkan mereka sukar menerima setiap tindakan, perubahan dan idea saya. Sehingga sekarang saya cuba mencari titik penerimaan saya terhadap insan-insan tertentu ini (secara jujur kadang dalam keadaan hati terguris) dan diharap anda juga berusaha mencari titik penerimaan itu. Niat saya bukanlah untuk memburukan lagi keadaan.




p/s: dimulakan dengan tenang dan diakhiri dengan tenang, harap tiada ombak yang melanda ketenangan.

6 comments:

menantumu(^,^) said...

mak...sy dah cube bace dgn tenang.tapi tetibe jadi sedeh plak..wuwuuu...terlebih emosi~

ermmm, anggap je la orang2 yg macam tu masih belum mengenali awak sepenuhnya.. Apa2pun, awak istiqamah dengan perubahan tu. Jangan biarkan persepsi -ve org luar membantut usaha awak utk terus berubah.

Kita memerlukan masa yang panjang untuk melakukan sesuatu perubahan...mcm tu jg org luar yang nampak kita...mereka juga mungkin memerlukan masa yang panjang utk melihat dan menerima perubahan yg sedang kita lakukan...
dan mungkin ke atas diri kita sendiri utk cuba beri mereka ruang+masa sampai akhirnya terbuka juga hati mereka utk menerima kita.

Jujurnya, menantu mak ni dulu pun pernah je rasa gerun+takut ngan mak..tp lama2...tgk je laa sendiri. Mak bebel ape pun, menantu2 mak ni mcm dah tak makan saman je.makin mengada-ngada adalah..kan?? ahaks~

Mak, kata orang...tak kenal maka tak CINTA...[uhuk2..batuk2 plak..hahaha~]

Cik Hijau said...

Aiyo, habis la orang pelik nanti. Bebel tak makan saman sebab tu sekarang ni jeling sudah mencukupi, hoho.

Hmm, setuju dengan masa diperlukan untuk berubah dan masa diperlukan untuk menerima perubahan (^_^).

Batuk? Sila beli ubat di farmasi berdekatan (ada la benda difikir tu. Ingat pesanan jangan kuat berangan tuh)

izzati.abdullah said...

hahaha btol tu..tak kenal maka tak CINTA..bila sudah kenal jangan pula lupe untuk terus menyemai cinta agar ia kekal sbg ukhuwah fillah..

btol kut..1st impression mase kenal cik hijau dulu sgtla jauh beza.takut sbnrnya nk bergurau.tp skrg sy sudah boleh bergurau,menyakat,bertukar buah fikiran dan idea..hehe

biasa la..adat dunia.kalau org pk sama cam kite pk xjd variasi la dalam hidup..bersangka baik itu lebih baik..berlapang dada membuatkan kita terima dan belajar dari pengalaman..:)

Anonymous said...

orang2 yg ikhlas tak peduli apa org lain anggap ttg dirinya. yg penting niat mesti ikhlas. asyik nak jaga hati org jiwa jadi mati. ambil la iktibar citer lokmanulhakim tu. org ni ladi dilayan lagi lebat mulutny mengata. jadilah diri sndri seadanya.

Cik Hijau said...

Anonymous bercakap seperti umi saya. Mungkin betul umi.

Yang utama bukan soal jaga hati orang lain. Jika sibukan jaga hati, menegur pun tak mahu sebab nak jaga hati.

Tapi xpe, kadang memang kena selalu muhasabah niat kita semula. Syukran atas peringatan.

menantu ke-2 mak=) said...

mak mertua...
saye tak reti nak berkata-kata mcm 'menantu kesayangan' mak tu..huhu~
tapi..
saye tau+kenal mak mcm mana..
ye la..sbb hubungan kite mak mertua-menantu kan??ahahaha~
ops,sori mak mertua..main2 pulak..nge~
apa2 pun,saya KENAL,maka saya CINTA mak mertua..hehe~