Monday 16 March 2009

Tudung, terpeliharakah kita?


Tudung dan Topi Keledar

Bertudung atau dengan erti kata yang lebih tepat menutup aurat mestilah atas dasar tauhid, iman dan kerana Allah. Jika kerana lain maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.

Jadi mari kita semak
balik niat kita bertudung. Kerana agamakah? Kerana adatkah? Kerana suasanakah? Kerana peraturankah?

Suka untuk saya m
emberi analogi antara tudung dan topi keledar. Topi keledar ada kaitannya dengan keselamatan nyawa dan tudung ada kaitannya dengan keselamatan agama. Kedua-duanya adalah soal dharuriyat.

Bertudung untuk menutup aurat. Kalau kita melihat fenomena bertudung di negara kita, bertudung tetapi tidak cukup syarat, berseluar dan baju ketat, bercouple dan bermacam ragam lagi. Jadi adakah di sini tuntutan menutup aurat telah disempurnakan dengan hanya bertudung?

Ramai pemandu memakai topi keledar. Te
tapi memakai topi keledar yang tidak menepati piawaian seperti kualiti rendah, tidak memasang kancing dan memakai topi keledar jenis separuh maka risiko kemalangan tetap tinggi.

Begitu juga dengan tudung. Bertudung tetapi jarang dan pendek ditambah berseluar dan berbaju ketat adakah mencukupkan syarat kita menutup aurat? Jadi muhasabah dan tanya diri kita sudah sempurnakah kita menutup aurat. Panduan dan tujuan menutup aurat boleh rujuk link ini.


Tudung dan Maruah
Menjaga agama, maruah dan akhlak tidak cukup dengan hanya menutup aurat dan bertudung sahaja. Apa erti bertudung sekiranya masih terlalu bebas, masih melanggar syariat dan masih istiqamah dengan dosa?


Kita kembali kepada contoh topi keledar
tadi. Memakai topi keledar tetapi tidak mengambil berat faktor lain seperti melanggar had laju, memandu sambil mabuk dan memakai topi keledar dengan tidak sempurna. Masih terjaminkah keselamatan dan nyawa kita?Jadi begitu juga dengan pemakaian tudung tetapi mengabaikan faktor lain maka keselamatan agama tetap tidak terjamin.

Tudung (menutup aurat) mampu menjadi hijab yang memelihara agama, maruah dan akhlak. Tetapi bagaimana? Setelah sempurna tuntutan bertudung, peliharalah hati dan diri kita. Jagalah pandangan, pergaulan dan kata-kata kita. Sentiasalah muhasabah dan membaiki diri. Selain itu masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dijaga. Janganlah keluar bersendirian di tempat-tempat bahaya dan mengaibkan serta elakkan keluar hingga lewat malam.




Hati
Hati juga perlu dijaga seperti menjaga aurat jasad kita. Jika murni dan bersih hati kita maka selamatlah amalan kita kerana hati yang mengawal diri kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim).



Hati dihijab dengan rasa malu
.

Daripada Abu Mas'ud, 'Uqbah bin 'Amru al-Ansoori al-Badriy r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam nubuwah yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa kamu suka." (Riwayat Muslim)

Malu adalah sifat orang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari iman. Natijah malu hanyalah kebaikan malah ia adalah perisai kepada banyak perkara jahat. Malu yang dimaksudkan ialah malu kerana Allah. Malu melakukan kebaikan bukanlah malu yang sejati malah malu yang dicela.

Tudung menutup diri dan malu menutup hati. Maka jika hati masih liar walaupun bertudung kita tetap gagal menjaga agama, akhlak dan maruah. Maka bertudung mampu menjadi perisai diri sekiranya soal hati, keimanan dan keyakinan kita turut dipelihara.



Fesyen

Salahkah bertudung dan menutup aurat kerana kecantikan? Islam itu indah. Tidak salah tetapi jangan lari dari tujuan utama kita bertudung dan menutup aurat. Menutup aurat kerana Allah, dibuat atas dasar iman dan mengikut tuntutan agama. Jadi biarlah kelabuhan dan fesyen mengikut piawaian yang telah ditetapkan agama (tidak jarang, menutup yanng perlu dan tidak tabaruj).

"Katakanlah kepada para wanita yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka..." (An-Nur: 31)


Kesimpulan

Islam itu selamat dan menyelamatkan. Tuntutan memelihara diri tidak lain antaranya demi keselamatan dan maruah umatnya. Tanpa peraturan (hukum) kita mungkin akan terjerumus dengan gejala tidak sihat seperti yang telah dibuktikan masyarakat barat. Maka tuntutan ini bukanlan batu penghalang bagi diri kita tetapi kawalan supaya kita tidak terbabas.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka, yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


4 comments:

Anonymous said...

salam.ana tertarik dgn post ni..apakah sbnrnya mksud tabarruj dlm berpakaian ni ye?dari segi warna ke?dari segi fesyen ke?

Anonymous said...

.sy pon tertanye2. ade org kate baju kurung tu pon tabarruj. stakat ni x jumpe lg penerangan tabarruj yg sebenanye. ble tolong terangkan?

Cik Hijau said...

Syukran atas response yangg diberikan.

Mengenai soal tabarruj saya memohon kemaafan kerana saya bukanlah ahlinya untuk menerangkan sejelasnya hakikat tabarruj. Malah jika ingin menjelaskan soal tabarruj saya memerlukan masa dan rujukan serta entry khas.

Cuma antara panduan seharian saya apabila berpakaian adalah mengikut fatwa hati kerana fitrahnya hati tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. Malah elakkan memakai baju yang dari jauh sudah menarik perhatian ramai.

Maaf atas kekurangan saya menjawab persoalan tabarruj. Insya Allah jika ada kesempatan saya cuba. Entry ini lebih kepada mencetus rasa mahu mencari kesempurnaan aurat. Mengenai hukum dan panduan, rujuklah pada yang arif.

ehsanhalim said...

salam

ana ada baca juga skit2 tentang tabarruj.

sebenarnnya definisi tabarruj tu kena faham betul dari segi istilah dan syarak.

insyallah akan memudahkan faham apa itu tabarruj.