Sunday 8 March 2009

Sedar dan Marah


Anak kecil takut akan kemarahan ibu bapanya membuatkan dia takut untuk melakukan sesuatu yang mencambahkan kemarahan ibu bapanya tetapi apabila meningkat dewasa dengan akal yang berkembang dan nafsu yang bersarang di hadapan dialah anak yang terbaik dibelakang sebaliknya yang berlaku.


"Aku minta maaf sebab aku bercouple", "Saya beli Nescafe, tahu awak akan marah kalau saya beritahu" "Kita batalkan aktiviti ni sebab mesti dia tak setuju, maklumlah alim"

Kesedihan saya kerana mereka sanggup melanggar hukum Allah bertambah apabila yang apa dirisaukan adalah kemarahan manusia bukan kemurkaan Allah. Minta maaflah dengan Allah. Ada apa dengan marah manusia.

Inilah perbezaan antara kesan
SEDAR dan kesan MARAH. Andai marah seseorang menyebabkan kita berubah maka hilang seseorang itu hilanglah perubahan kita. Berbanding kesedaran yang seseorang itu beri akan bertahan walaupun dia telah pergi jauh.


Di Timur Tengah, pelajar-pelajar akhawat tidak digalakkan untuk keluar malam kecuali atas urusan-urusan tertentu. Para ikhwah pantang melihat mana-mana akhawat yang keluar tanpa musyrif. Maka di sini timbul bermusyrif kerana bimbang diMARAHi atau atas dasar SEDAR kenapa perlu peraturan sebegini di wujudkan.


Itulah hikmah kita dituntut berdakwah secara berhikmah. Andai kita terus dengan sikap marah-marah tanpa cuba memberi kesedaran serta kefahaman maka kesan marah jualah yang akan terhasil. Memang sukar tetapi itulah jalan dakwah. Jalan yang tidak indah. Tetapi yakinlah kepahitan boleh diiringi dengan kemanisan.


Teringat sebuah perbincangan dengan seorang sahabat saya. Permulaan jalan dakwah biasanya kita cuba berlemah-lembut dengan mad'u kita. Ibarat pesakit di hospital yang disediakan sebuah tilam empuk dan dilayan oleh para jururawat yang baik hati. Namun bagi saya, tidak selamanya saya akan melayan baik seseorang mad'u. Jangan
MANJA tak abis!

p/s: Namun hidayah tetap milik Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha. Dialah jua yang akan menentukan natijahnya. Secara jujur inilah antara cabaran besar dalam hidup saya. Hanyalah Allah yang mampu memberi kekuatan.

2 comments:

Mukmin bin Mohd Khairi said...

Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, yaitu
1. apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,
2. sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran ( bencana), iapun berSABAR dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya." (Muslim)

Anonymous said...

-teringat sebuah hadith yg menyentuh ttg rapatnya hbgn Rasul S.A.W brsama Anas Bin Malik,Rasul sndiri tak pernah menegur perbuatan Anas dgn bertnyakan`Kenapa engkau berbuat begini,dan mengapa engkau berbuat begitu?`.betapa tinggi adab Rasul terhadap shbt2.
-teringt jugak cerita Rasulullah S.A.W didtgi Abu Jahal yg dtg dgn lagak mencabar Rasul,lantas Rasul turut mencabar Abu Jahal dgn cara yg tegas.
diriwayatkan:seandainya,Abu Jahal dtg kpd Rasul dgn geng-geng samseng dia pada waktu tu,Allah akan hntrkan Malaikat Zabaniah yg keras,kasar dan boleh dilihat oleh manusia lain.(riwayat dr Ibnu Abbas,tafsir surah al-Alaq,ayat ke 16)
dptn sndiri:jika berdakwah,lhat profile mad`u kiter,respon baik,kita layan baik.respon kurang baik=teruskan usaha,pelbagaikan cara.respon kurang baik+mencabar=teruskan usaha,kuatkan hati,TEGAS dlm mematahkan hujah2+cabaran diorg.even Nabi Musa A.S sndiri Allah perintahkan berdakwah kat Firaun yg degil,keras kepala,sombong dgn cara yg paling lembut.dgn org Islam,yg kurang kesedaran ttg Islam?
TEGAS itu penting,MARAH krn berlaku maksiat-wajib.MEMARAHI org xbermushrif?huhuhu.skali ke?
p/s:cikhijau,kalo nmpk aku nyer dapatan kndiri aku silap,bgtau deh?aku dlm fatrah mendapat ilmu,bkn menguasai ilmu.untuk pembaca,nmpk kesilapan dlm ayat,sila la rajin2 betulkan.sbb stiap manusia wat kesilapan.