Thursday, 14 October 2010

Jangan Sekat Potensi Diri dengan Malas!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Gejala Malas Berfikir dan Malas Bertindak

Golongan mahasiswa sering dimomokan sebagai bakal pencorak masa depan negara. Namun gejala malas berfikir apatah lagi gejala malas bertindak (bekerja) cukup hebat melanda. Kita hanya terasa terpaksa berfikir apabila ia melibatkan kepentingan diri. Namun sedar atau tidak kita perlu berfikir demi matlamat yang lebih besar.

Itu pun jika timbul isu atau kepentingan masih berkehendak untuk berfikir. Bagaimana pula dengan mereka yang memang tidak mahu berfikir? Lebih malang hidup hanya untuk diri sendiri (atau kelompok sendiri) dan hiburan. Itulah ketenangan dan kebahagian palsu yang dianggap hakiki. Kerja dan komitmen ini menyusahkan sahaja katanya.




Ada masa kita akan dipertanggungjawabkan dengan buah fikiran dan kata-kata kita. Maka ada masa kita kurang berani untuk bertegas dengan pendirian diri atau lebih selesa menjadi golongan atas pagar. Dengan masalah ummah yang begitu kronik, kita memerlukan mereka yang berfikir dan bertindak demi kepentingan ummah bukan kepentingan sendiri mahupun kelompok sendiri. Namun sanggupkah kita berkorban?

Saya kasihan golongan tertentu. Siapa mahu gagal? Siapa tidak mahu kejayaan? Tetapi analogi kini, kerja yang sepatutnya ditanggung 10 orang terpaksa ditanggung 5 orang atau hanya 3 orang. Kerana apa? Kerana gejala malas berfikir dan bertindak maka kita kekurangan tenaga. Itu pun mereka yang terkorban ini disalahkan atas pengorban mereka. Bagaimana mereka yang mengorbankan orang lain?




Teruskan berfikir dan bertindak. Mari kita paksa diri kita cerdas berfikir dan cergas bertindak. Kita memerlukan idea-idea baru yang kreatif dan pergerakan yang kemas terancang. Ia memerlukan komitmen semua. Semoga kita tidak menjadi golongan yang hanya cemerlang dalam sijil tetapi gagal dalam kehidupan yang sebenar.



Potensi Diri

Setiap orang mempunyai potensi diri yang tersendiri tidak kira dia sendiri menyedarinya atau orang lain yang nampak potensi dirinya. Namun kadang-kala kita terhalang untuk menggunakan dan mengembangkan potensi diri kita. Kita tersekat untuk menjadi lebih kreatif serta inovasi kerana keadaan tertentu.

"Saya bimbang saya tidak boleh bekerja dengan baik kerana saya kurang bertegas. Akak rasa kekurangan saya ini macam mana?"

Seorang adik pernah bertanya kepada saya. Bukanlah saya memandai-mandai untuk menjadi seorang kaunselor cuma mahu melihat potensi dirinya digunakan dan berkembang. Bagi saya, janganlah sedikit kekurangan diri yang boleh dibaiki itu menjadi penghalang diri kita. Hidup berorganisasi dan bermasyarakat menyerlahkan kekurangan dan kelebihan diri kira. Inilah medan menggilap dan membaiki potensi.


melihat lebih jauh potensi diri

Untuk menjadi orang yang berpotensi, saya tidak sangkal ada masa ia memerlukan kekuatan diri, ia memerlukan pengorbanan malah ada masa kita merasa cukup sakit. Tetapi jika anda faham kenapa perlu pengorbanan dan kesakitan itu, anda akan terus mencuba mengikut kemampuan dan kesesuaian. Teruslah menggilap potensi diri anda kerana kita sememangnya memerlukan insan-insan yang berpotensi demi kedaulatan Islam. Jangan biarkan perasaan rendah diri atau malas membenamkan potensi diri anda.

Semoga kita (lebih-lebih lagi penulis) mampu mencapai apa yang sepatutnya dicapai serta melalukan apa yang sepatutnya dilakukan. Akhir tulisan (kata?) saya ingin berkongsi ringkasan sebuah artikel dalam Majalah SOLUSI isu nombor 24 bertajuk Menjadi Lebih Kreatif. Edisi penuh anda boleh mendapatkan sendiri majalah tersebut di pasaran atau meminjam daripada yang berkenaan.




Menjadi Lebih Kreatif oleh Ahmad Fadzli Yusof
  1. contoh ciri-ciri orang kreatif
  2. bukulah pintu minda anda
  3. tambahkan pengetahuan am
  4. pelbagai cara berfikir
  5. lupakan logik buat sementara
  6. berfikir gila-gila, bukannya gila tapi gila-gila
  7. anda tidak perlu pertahankan idea sendiri
  8. galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif
  9. benarkan diri anda melakukan kesilapan
  10. jika perlu, ulang dan ulang
  11. belajar teknik berfikir
  12. mintalah daripada PEMILIKNYA


Wallahualam.


p/s: Dalam buku Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah disebut soal menepati masa malah soal masa juga ditekankan dalam muawasafat tarbiyyah. Namun adakah kita cukup cakna soal menepati masa?



5 comments:

Centado said...

ye,
kalau malas, potensi diri terhakis
:)

Anonymous said...

banyak kene kat diri sendiri nih...
bukan sahaja entri...tajuk pon dah kne..

kadang2..bila ade orang sergah kita baru tersedar... yang aku baru lepas "mengelamun"

syukran kak...

nasiayam said...

paling ditakuti diri aku sndiri--membenarkan diri melakukan kesilapan.padahal manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan dalam keadaan sedar ataupun tidak.seboleh-bolehnya sesetengah manusia cuba untuk bersedia dalam segala hal supaya dapat mengurangkan kesilapan,semuanya kerana rasa takut untuk melakukan kesilapan.

tapi,penulis menyatakan"membenarkan diri melakukan kesilapan"bukan bererti boleh buat kerja sambil lewa dan berfoya-foya,tak ikut protokol--yela,sbb kita manusia,sentiasa melakukan kesilapan,sungguh2 atau x,kesilapan sntiasa ada..itu kata mereka yang buat kerja sambil lewa(saya la tu).post kali ni membuka sedikit degree pandangan sy ttg melakukan kesilapan..

benar,manusia sentiasa melakukan kesalahan.oleh sebab itulah,ada ayat-ayat al-Quran yang terkandung ttg perkataan taubat.supaya manusia tu mendapat MOTIVASI supaya menjadi lebih baik dan tinggalkan yang buruk.manusia lupa ttg keupayaan dirinya menjadi lebih baik dan diberi peluang oleh Allah untuk berubah andai itu yang dia mahukan.

andai manusia tak benarkan diri dia lakukan kesilapan..apabila kesilapan yang tidak mampu dielak berlaku(kesilapan mmg tak mampu dielak walau bersedia,walau dihalang),manusia tu akan rasa putus asa dan futur untuk lakukan perkara yg sama pada masa akan dtg.

kalu silap,tlg betulkan,cam ada belit2 komen ni..almaklum la.kepala kurang glukosa..haha.

but yes,dan syukur..ayat membenarkan diri melakukan kesilapan tu mmg betul2 terkena kat diri sndiri.

p/s:petikan dari buku La Tahzan,segala yang Allah cipta semuanya ada manfaat walau buruk mcm mana pun ciptaan tu dipandangan manusia.dosa sendiri mmnpunyai kecantikan tersendiri,dengan melakukan dosa,manusia kan sedar dirinya hina,dengan melakukan dosa,hamba hampir dgn Penciptanya.

Centado said...

jadi,
kena tambahkan potensi diri dengan gajin
:)

Cik Hijau said...

To wardah: akak pun mcm tersergah sendiri. Al-maklumlah bukan rajin slalu

To Nasiayam: Rasanya cik mcm dah buat new entry, huhu. Aku dah cakap, ada bakat buat blog nih

To Centado: rajin komen