Monday 3 May 2010

Takut Menjadi Dewasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini saya sekali lagi cuba untuk menulis sesuatu. Sejak akhir-akhir terasa tawar untuk menulis. Jika kali ini saya masih gagal untuk menulis apa-apa pasti saya akhirnya akan berkongsi resepi dengan anda. Jika mampu, saya mahu berkongsi sesuatu yang betul-betul memberi manfaat. Semoga ada manfaat dalam tulisan saya yang biasa-biasa ini.



Masalah adalah cabaran yang perlu diatasi dengan bijaksana.  Maka jika anda lari dari masalah percayalah anda akan terus diselubungi masalah tersebut

Dua hari lepas saya berborak dengan seseorang mengenai masalah beliau. Masalah kehidupan yang cuba diselesaikan dengan emosi serta melupakan asas keyakinan dan syariat membuatkan segalanya ribut dan kelibut. Saya bukanlah penyelesai masalah yang baik tetapi saya cuba menjadi pendengar masalah yang baik.

Sungguh, pada mulanya saya hanya memberi bayangan apakah yang perlu difikirkan bagi menyelesaikan masalah tersebut tanpa memberi pendapat secara jelas kerana setiap kata-kata kita akan diuji maka saya bimbang, saya juga kecundang apabila diuji dengan masalah yang sama. Tetapi, alang-alang saya sudah berkongsi dengan beliau maka saya berkongsi juga dengan anda.

Menjadi dewasa itu kadang-kala menakutkan. Melihat gelagat kanak-kanak arab yang berpakaian dan bersolek persis orang dewasa kadang membuatkan saya tergelak sendiri. Kecil-kecil dulu mungkin kita sering berharap kita segera dewasa dengan fikiran ingin segera bebas. Tetapi apabila diri ini semakin tua sedarlah saya bahawa menjadi dewasa tidaklah seindah yang disangka.

Itulah yang dihadapi beliau. Kerisauan menjadi dewasa yang perlu membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap keputusan yang telah diambil. Hidup ini sering berada di persimpangan kerana itulah kita disarankan untuk solat sunat istikharah dan memohon supaya keputusan kita dipandu oleh Allah (bukan soal jodoh sahaja istikharah). Memohon segalanya dipandu oleh Allah amatlah penting kerana mungkin yang dianggap terbaik itu bukanlah terbaik yang telah ditetapkan Allah begitu juga sebaliknya.

Apabila meminta segalanya dipermudahkan dan dipandu olehNya, hendaklah segala tindakan kita selaras dengan syariat yang ditetapkan supaya nafsu dan syaitan tidak ambil peranan. Jangan lakukan apa yang Allah tegah kerana penentu segalanya adalah Allah jua. 




Syariat itu bukanlah batu penghalang tetapi mengawal kita dari terbabas (kesimpulan dari buku Tentang Cinta). Percayalah syariat Islam itu cukup lengkap dengan segala panduan. Terdapat pelbagai ayat al-Quran yang memujuk dan menguatkan hati kita apabila menghadapi masalah. Kita sahaja yang sering alpa dan lalai.

Kita sering mendengar ungkapan ujian adalah tarbiyah dan teguran daripada Allah. Maka ada kalanya apabila menghadapi sesuatu dugaan, saya sering ingatkan diri saya supaya muhasabah apa yang telah berlaku. Indahnya pegangan orang Islam adalah segala yang berlaku ada hikmah dan Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ia mampu. Kerana itulah ubat bagi jiwa adalah kembali kepada agama.

Dalam hidup ini ada beberapa perkara telah ditetapkan oleh Allah seperti jodoh dan rezeki. Jadi apa yang Allah nilai adalah cara kita menguruskan 'perjalanan' menuju apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Saat kita akil baligh sahaja, kita telah bertanggungjawab ke atas diri kita maka kitalah yang menentukan arah tuju kehidupan kita. Jangan menyalahkan orang lain atas setiap kesilapan yang kita lakukakan tetapi terimalah kesilapan itu untuk diperbaiki.

Setiap insan mempunyai permasalah yang tersendiri. Bak kata ustaz saya, hanya orang gila tidak mempunyai masalah. Akhir kata, bagi saya dewasa adalah suatu alam yang kita bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindak tanduk yang kita ambil serta masalah akan terus menyelubungi kita sekiranya keputusan kita adalah melarikan diri. Maka, berani atau lari?


p/s: Sungguh best Dr Bassem mengajar tajuk Bone hari ini. Sungguh rugi siapa yang tidak hadir kelas.

5 comments:

Anonymous said...

Ya.. Ya...
Sungguh best!
Sungguh rugi sape yg xhadir
Sungguh.. Sungguh... =)

nasiayam said...

my father once said to me:you are responsible for your life.it takes some years for me to digest the meaning behind those words.i finally realize when i encounter some problems regarding `ability to choose`.

masa nak pilih nak smbung stdy kat matrik atau gi indon(pama support),ayah aku bgtau--nurul,if u want to further ur stdy in indonesia,do tell me.ayah cuba buat pinjaman bank,it will cost a lot to me[financial burden in the future of course,due to `faedah` and riba`].then,i asked him,knp ayah sanggup nak tggung burden ni[although he knows best dat it will cost him financial problems at the end].he replied[while eating his lunch]--ayah xnak rasa bersalah kamu xdpt further stdy in medicine just because ayah kamu kurang mampu dlm financial.

lama aku diam,tak sebut apa2 pasl further my stdy in indonesia.dlm masa yg sama,aku sakit jgk nak stdy kat matrik yg belum tntu bawak aku ke medik or dentistry by dat time.then,mintak petunjuk dr Dia..fkir consequences n possibilities,i send sms to my father saying `ayah,i made my choice,i will continue stdying in matrix.kalau ain xdpt 4 flat skalipun ntuk final exam,n i f i had to take tingkatan 6 ntuk dptkan course medik dlm negara,ain akan buat.this is my decision.and i am fully responsible to my decision,n i wont blame u for any of my failure.`

after final exam 1st semester,and beginning of my 2nd semester in matrix,aku dpt berita from ibu,i`m going to egypt to further my stdy in medicine..it`s such wonderful how`d He organize my life..alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

it`s very important to realise dat u r making decision by ur own,so u wont blame anyone in ur life,provided that u believe in Allah.believe that He is in each step of the way.sifirnya mudah,tp buatnya susah..true.tawakal mudah disebut,tapi tak mudah nak melakukan.moga diberi kekuatan kpd kita smua.

i always remember what ayah said:u r responsible for ur own decision.

izzati.abdullah said...

nk komen jgk!hehe..

comey sgt ain neh.sy dulu pun pernah ayah tawarkan utk smbg di indon masa kat matrix uia.then cakap kat ayah nk try dulu duduk kat matic.
pastu one day ayah gi pejabat yt.mase tu ada taklimat pasal penghantaran bdk2 ke timur tengah.then org yt kate kalu nk try sile isi borang.nk kate rezeki dpt la masuk interview..
then smpi la kami ke cni.blh jumpe kawan2 puteris..suke2!
n then sy diuji dgn byk perkara di sini..byk yg sy blaja..terutamanya dalam membuat keputusan dan kebergantungan kita pada Allah.jgn dilihat sesuatu masalah dari sudut negatif shj.lihatlah dr kedua2 belah +ve n -ve..mungkin ade hikmah yg besar yg Allah nk bg yg xmampu kite pk!so work hard everyone..jgn lari dari syariat..
do pray for me cik hijau n kawan@:)

Nurulhuda Mustapakamal said...

Berani @ lari or shud i say face it or run from it?

Cik Hijau said...

Orang berani takkan lari. Menghadapi dengan caranya yang tersendiri.