Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Esok Cultural Day akan berlangsung. Tugasan kali ini membuatkan saya agak serba salah tetapi harap esok segalanya berjalan lancar. Jom turun beramai-ramai memeriahkan Cultural Day tahun ini yang pasti dimeriahkan dengan jualan makanan Malaysia.
Semalam saya baru tahu keputusan SPM akan dikeluarkan hari ini. Cik Nab yang sungguh bertuah terlupa beritahu mungkin. Terima kasih kepada status ym En Hakim. Barulah berdebar-debar menanti keputusan walaupun bukan saya yang ambil SPM.
Cik Nab bersama calon PMR
Alhamdulillah keputusan SPM telah keluar dengan sistem baru yang mana kini A tidak dikira dengan A1 atau A2 tetapi A+, A dan A-. Katanya ada kiraan merit juga. Pening juga banyak A. Saya sendiri baru tahu dan tidak berapa mahu faham.
Walaubagaimanapun alhamdulillah cik Nab berjaya memperoleh 11A. Tahniah sis. Selamat datang ke dunia baru. Silalah pilih kos pengajian nanti dengan bijaksana bukan ikut-ikut kawan. Entah la umi sanggup lepas awak atau tak kalau belajar jauh-jauh nanti.
Sedikit pujian. Cik Nab walaupun sibuk belajar tetapi tetap rajin tolong umi (yang akak tahu la). Beliau telah menjalankan tugas dengan baik setelah rampasan kuasa berlaku apabila saya terbang ke Mesir. Teruskan kecemerlangan anda.
p/s: Sila jangan minta hadiah mahal-mahal kerana kakak anda dilanda krisis ekonomi. tetapi tetap diusahakan insya Allah. Pesanan ini untuk Hanim juga.
Sekadar gambar hiasan, harap maklum
5 comments:
my lil sis also got 11As.. 9A+.. aih senang2 je diorang score~
Teror 9A+. Jangan jeles, dah rezeki adik-adik.
kak DIDI!!!
sye x mntk byk.... tp, sye x nk lerr bekas pembalut cm dlm gmbr tu~~ x de kelas...ha3~~~
Balut plastik sudah.
balut suratkhbr sudeh...zuhud.leh guna wat alas makan suratkhbr tuh.kalo pembalut cntik2,simpan..xleh nak wat ape.huhu..nyebok jah.nab,tahniah la result SPM tu.
ni yg wat aku nak nangis ni,anak yg baik mendengar kata,dpt result cemerlang.alhamdulillah.
Post a Comment