Monday 15 March 2010

Filem Melayu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Inilah cara mengurangkan sensitiviti orang Melayu Islam." ujar saya sebaik sahaja selesai menonton sebuah filem Melayu beramai-ramai.

Sudah lama saya tidak menonton filem Melayu. Hebat sekarang orang Melayu kita. Persis cerita Korea dan Hollywood. Manakan tidak, budaya pendedahan aurat begitu melampau dan ketara. Belum lagi budaya lelaki dan perempuan yang bebas bergaul. Kita mudah sungguh bangga dengan budaya luar. Usaha penyerapan yang dilakukan dilakukan atas nama kebebasan berkarya dan konon-kononnya membawa kelainan. Pujian demi pujian diberikan kononnya atas kelainan yang dibawa.

Benarlah kata seorang pemimpin dalam satu talk di Kaherah yang saya hadiri baru-baru ini. Anda ingin menjadi idola dan ikon? Maka jadilah artis. Manakan tidak, artis Islam dengan selamba memakai seluar dan skirt pendek. Jika tidak hiraukan syariat sekalipun, paling kurangkan hiraukan adab timur yang penuh kesopanan.


Mengurangkan sensitiviti?
Apabila kita dihidangkan dengan budaya yang tak wajar seperti berkhalwat, bercouple, minum arak,  rokok, gay dan sebagainya dalam filem atau drama lama kelamaan kita akan menjadi biasa dan terbiasa dengan pemandangan sebegitu maka hilanglah sensitiviti. Filem dan drama dijadikan dalil untuk membenarkan perbuatan. Apabila ada yang menegur mudahlah kita menjawab dia ketinggalan zaman dan jumud. Maka tiada rasa menyahut tuntutan agama untuk mencegah kemungkaran.

Itulah Islam di akhir zaman, ibarat menggenggam bara api. Yang salah tetapi biasa itu tidak apa tetapi yang benar tetapi ganjil itu entah apa-apa (tidak berfikiran terbuka katanya). Yang yang cuba menegakkan kebenaran tergolong dalam golongan minoriti dan alih-alih muka yang sama.

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Masyarakat yang jiwanya semakin kaku dan mati terlalu mudah terhibur dengan perkara-perkara plastik dan palsu seperti itu. Saya sendiri kadang tertipu dengan helah musuh ini. Kata umi saya, sebab inilah perjuangan kita lambat menang kerana pejuang Islam sendiri tertipu dengan perangkap musuh. Astagfirullah.

Jika sesiapa yang telah menonton The Arrival di Youtube, anda akan melihat sendiri perang minda yang dilakukan musuh secara begitu tersirat melalui kartun-kartun yang dianggap selamat untuk dipertontonkan. Siapa sangka begitu licik musuh menyerang psikologi manusia. Musuh merancang merosakkan anak-anak Islam bukan sehari dua perancangannya tetapi penuh rapi maka saya tidak setuju perjuangan Islam itu tidak mengapa saat-saat akhir bahkan ia memerlukan perancangan yang rapi juga.

Belum yang secara jelas dipertontonkan budaya yang jijik ini kepada masyarakat. Mungkin jika pelakon-pelakonnya beragama lain masih boleh diterima akal tetapi malangnya pelakon-pelakon yang mengaku beragama Islam turut dijadikan senjata peperangan ini. Masyarakat yang melihat artis-artis sebangsa dan seagama dengannya malah sama warna kulit lama-lama kelamaan budaya asing yang cuba dibawa menjadi darah daging (Ah, tidak apa-apa pun, benda ini biasa saja katanya).

Lihat sahaja indeks jenayah di Malaysia yang mengerikan. Setiap pagi membuka akhbar online dan membaca kerosakan demi kerosakan yang berlaku cukup membimbangkan. Duhai rakan-rakan, bagaimana kita masih boleh lena tanpa sebarang usaha?

Anak-anak Islam dilekakan dengan artis-artis dan lagu-lagu. Alih-alih pelajaran yang dijadikan alasan sedangkan masa kosong yang ada dibiarkan untuk berhibur. Islam tidak menghalang hiburan tetapi biarlah berpada-pada. Zaman di mana orang mementingkan diri terlalu ramai. Hawa nafsu dituruti dan syariat diketepi. Oh akhir zaman.

2 comments:

Anonymous said...

komen yang bagus tapi harap jangan tinggal komen saja. filem2 korea, hindustan, dan barat menyusup senyap2 kerumah2 mereka yang mengaku pejuang islam terutama kalangan pemuda pemudi.semuanya semudah sentuhan dihujung jari.tak siapa tahu hanya anda dan Tuhan saja. sbb itu selain iman dan islam perlu ada ehsan...anda berasa melihat tuhan @ tuhan melihat anda.

nurularshad said...

assalamualaikum,
cikdil~~baguih naa,amik iktibar from movie tuh.hihi.[terngiang2 kt telinga aku lagu karaoke yg diorg nyanyi tuh].

bkn stakat tuh jah yg perlu dikomen,bile tgk citer neyh,blik2 persoalan ni akan kuar..org hnya gunakan agama bila memerlukan.selain dr tuh,xder panduan agama.amik cth:masa Datuk Salleh kata dia nak amik intan jadi isteri ke-2.intan tnya,`habis tu,isteri you ckp apa?`.datuk jawab:dia nak cakap apa,i kan ada hak`.bijak menggunakan hujah agama bila merasakan hal tu berguna ntuk kepentingan diri.tang len xnak lak die ikut..hal tuh bukan berlaku kat org2 cmtu je,tgk keadaan sekeliling kita ni pon dah ckup.kecik kan lg skop,pelajar2 malaysia kat mansourah ni..

betul la orang kata,drama@filem tu ibarat hidup.xyah tggu tayangan filem or drama,bnda tuh dah berlambak dlm kehidupan,siap pelakon yg asli n lebih bermutu tinggi.nak katanya,knp pembikin filem perlu cari jalan ntuk wat jln citer n siarkan kat tv,sbb nak katanya,diorg tau,org melayu ni suka tgk tv--sy la org nya tuh..

mudah kita tersentuh dgn hasil seni manusia,tp hati kita xmudah tersentuh bila ada kisah masyarakat yg tertulis dlm al-Quran dlm surah Yusuf.terlalu indah,siapa yg mencari shj akan menjumpai kecantikan n keindahan kisah tu.

anyhow,kekadang citer yg diwat oleh org bukan Islam pon lebih mmbwa pengajaran n berhemah.bukan nak memuji,tp satu kenyataan.bukan smua la yg bgus.cthnya macam citer The Freedom Writters.tapis yg baiknya,buang yg buruk.latih diri memilih,bkn satu perkara yg mudah.skrg baru tersedar,slama ni,tak mendidik hati n diri ntuk memilih...