Hari ini setelah selesai membuat nota pathology, saya duduk melihat gambar sambil menunggu ahli-ahli beit yang lain pulang. Tiba-tiba terasa mahu menulis sesuatu (saya jarang menulis mengenai kehidupan peribadi rasanya).
Rindu dan lucu.
Itulah yang boleh saya gambarkan apabila melihat gambar kami ketika dari tahun 1 sehinggalah sekarang. Di saat kami berenam yang begitu naif (pergi sikkah pun minta izin daripada kak Irham) dan patuh (sekali-sekala nakal tak guna musyrif) namun tetap bahagia. Kini berempat sahaja.
Duduk berenam tanpa mengenali satu sama lain sejak dari mula tiba di Mesir agak mencabar. Memulakan hidup di negara orang dengan sahabat-sahabat yang baru (lucu apabila teringat reaksi syakila ketika mula-mula bertemu). Daripada rumah yang teramat ringkas dan serba kekurangan kini rumah kami agak lengkap dengan kemudahan yang ada.
Dulu kami kemana-mana pasti bersama. Pernah sekali saya dan syakila membatalkan hasrat ke Sinai kerana ahli-ahli Imtiyaz lain tidak dapat pergi bersama-sama. Apa jua aktiviti rumah atau persatuan tetap diusahakan untuk bersama. Tak tahulah, rasa seperti kekurangan sesuatu sekiranya tidak bersama.
Namun kini kesibukan menghabat disamping jadual dan komitmen yang berbeza membuatkan kami dengan kehidupan masing-masing tetapi tidaklah menjadi alasan untuk merenggangkan hubungan. Makan di dalam dulang, solat jemaah dan ke wikalah bersama-sama menjadi medium untuk merapatkan ukhwah. Apabila timbul isu berbangkit pasti kami akan berkongsi dan berbincang bersama. Setiap ilmu dan maklumat perlu dikongsi demi manfaat bersama.
Lidah tergigit inikan perhubungan manusia. Setiap insan dengan karakter tersendiri tentu menjadi cabaran untuk mengenali dan memahami. Tidaklah selalu bahagia tetapi rintangan itulah yang merapatkan lagi hubungan antara kami. Sikap terbuka dan berlapang dada menjadi teras dalam setiap perbincangan dan permasalahan.
Kekalkanlah ukhwah ini sehingga ke syurga-Mu. Semoga kami tergolongan di kalangan orang-orang yang berjuang di jalan-Mu.
p/s: Setiap yang saya dapat, saya ingin kalian mendapatnya juga. Setiap kesalahan yang saya lakukan, saya berharap kalian tidak melakukan silap yang sama.
12 comments:
pelik ye.ruqaiyah pegi mane ye?
Oh Ruqaiyah masih wujud di Mansurah. Mencari diakah?
i mean,die kluar dpd imtiyaz ke?sound like yes.isn't?
Haah dia keluar atas sebab-sebab tertentu. Saya agak tidak selesa menjawab persoalan drpd org yg tidak dkenali paling kurang namanya.
im sory for hurting u.didnt mean that.smile ok.tq 4 dat info.
Hurting me?
eh cik hijau... qayah tu yg muke cam kak ipah ea???
to anonymous : aww... sweetnye u... klo sy... sikit pon x terasa or hurt ape ke... ni msti stok2 pijak semut tak mati ni...
eheh...sdap dia panggil Qayah ye...kak Qayah k.
Haah muka dia memang ada iras Ipah.
sume org tanye psl ruqaiyah.kn?
alah... 2 org je pon... tu pon sy ni takpe la... hensem... haha...
test2.. test.... ting2...!!
Blog ni ok, syamil je tak berapa ok
Post a Comment