Semoga kita dapat memanfaatkan sepenuhnya madrasah Ramadhan kali ini kerana sesungguhnya tidak pasti lagi berpeluang lagikah kita untuk Ramadhan seterusnya.
SMS PERTAMA
Sms ucapan Ramadhan pertama daripada adik di UIA:
"Insan yang soleh tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istigfar, dan mendidik diri dengan solat yang kusyuk...Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak. Semoga memanfaatkan madrasah ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Amin"
YANG TELAH TIADA
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Kehilangan Ustaz Asri dalam dunia seni nasyid dan kehilangan atuk daripada keluarga saya agak memberi kesan. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan tempatkan mereka di kalangan golongan beriman.
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya kau sibukkan dengan kebaikan
Tentu malamnya kau sibukkan dengan beribadah
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu di awal waktu
Tentu solatmu dikerjakan penuh kekusyukan
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Pasti ayat suci Al-Quran yang kau aluankan
Pasti zikrullah yang membasahi bibirmu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...Kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri, rohani dan jasmani
Menerima ketibaan Izrail menjemputmu
Duhai Ilahi.
Jadikanlah Ramadhan ini paling berarti
Jadikanlah Ramadhan ini paling berseri
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju keredhaanMu
Namun teman
Tiada manusia mengetahui ajal dan nasib mereka
Kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha
Semoga Allah terus merahmati dan melindungi kita
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN
p/s: Bila agaknya Mansurah boleh merubah qarar membenarkan akhawat solat tarawikh di masjid macam di Jordan.
4 comments:
hahha~
Dila, serius tengah tunggu SMS dari 'org RUMAH belakang' bagi green light utk solat tarawikh kat masjid~ [aiks, x dapat2 lagi ker???]
Sama2 la kita bersabar. Makan buat sementara waktu ni, redha je la dgn imam express ini. huhu~
Selamat mengimarahkan Ramadhan.. (^^,)
Yan, nak buat macam mana. Menunggu bulan jatuh ke riba ibaratnya. Tiap tahun hantar permohonan tapi tak lulus jugak.
Alahai imam express. Gilir-gilir jawabnya setiap malam.
p/s: Bukan 'orang RUMAH belakang' tapi 'orang RUMAH tepi'.
salam Ramadhan AlMubarak, my dear cik hijau, this is kak zah (r'za), please get back to me asap, i owe you and syakila a long n detail explaination. Thanx girls!!
alaa kak Zah sms sudey hahahah..
Post a Comment