Sunday 6 September 2009

Give and Take

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat sibuk mengemas apa yang perlu sebelum pulang ke Malaysia termasuk 'mengemas' latop, saya terjumpa draf artikel ini. Entah mengapa saya hanya menyimpan sahaja. Walaupun ia pendek semoga bermanfaat.


Give and Take
Kehidupan kita sememangnya diwarnai dengan pelbagai ragam dan sikap.

Adakala kita mendengar rungutan sesetengah individu. Merungut apabila suara hatinya tidak didengari. Merungut apabila pandangannya tidak diterima. Saya juga pernah dan mungkin kerap merasa begitu.

Apa yang kita beri itulah yang kita terima. Melihat peribadi dan cara hidup orang-orang yang dihormati dan sentiasa diterima pakai pandangan mereka, saya dapat membuat sedikit kesimpulan awal.

Bagaimana pandangan mereka sentiasa diterima atau paling kurang diambil cakna?

Bagaimana suara hati mereka dapat menyentuh hati-hati insan lain?

Kerana mereka belajar menerima pandangan orang lain. Mereka belajar berlapang dada dengan idea-idea sahabat-sahabat. Diterima atau ditolak soal kedua tetapi yang penting ia didengari terlebih dahulu.



Suara hati mereka mudah dirasai kerana mereka sering mendengar suara hati sahabat-sahabat. Mereka membantu yang perlu. Mereka tidak hanya hebat bercakap tetapi mereka turun padang mereliasasikan kata-kata. Kita dapat merasakan keikhlasan mereka.

Cuba kita muhasabah kembali adakah kita bertindak seperti mereka? Atau kita sekadar merungut dan mengungkit minta diterima tanpa menerima dan memberi. Sekadar pandangan daripada saya.

Wallahualam.

p/s: Harap Cikgu Liza sabar menanti kepulangan saya (^_^)

2 comments:

Kapten Luffy said...

luahkan perasaan dengan kucing pun tenang gak

yang kurang penting dlm hdupmu said...

shbt+org sekeliling ibarat anak2 kecil, ingin didengari spya mereka yakin dgn langkah yg diambil,
selalu nya mereka sibuk memerhati+mendengar, namun,org yg berckap untuk didengari pon perlu fahami ssuatu--mereka juga manusia,sama spt yg bercakap.

betul pdpt cik hijau ttg give n take.sgt2 disokong oleh mata,hati dan otak sy.give n take bkn hnya sebelah pihak yg penting nya,perlukn kerjasama dua pihak.dua hala.tnpa insan yg menerima,insan yg memberi tiada tempat untuk diberi.

tanpa insan yg memberi,tiada pula yg akan menerima.langsung kedua2nya berjumpa dgn jalan buntu.

thanks for the heart,the ear,the eyes,the tear,the advices,the laughter,the smile n most importantly--the love that u show to me.

salam syg,salam ukhuwwah.