Jemaah atau kumpulan seperti yang kita sedia maklum bermaksud satu kelompok manusia yang bersama-sama di dalam suatu tempat atau dihubungkan atas sesuatu perkara. Saya tidak pula ingin memperkatakan mengenai jemaah Islam khususnya tetapi sesuatu yang lebih umum dan nampak remeh tetapi sebenarnya mampu memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita.
Sejak dari kecil abuya (panggilan ayah dalam keluarga kami) begitu menerapkan nilai berjemaah dalam hidup kami adik beradik terutama soal solat jemaah. Abuya sanggup menunggu sehingga lengkap kami adik beradik seramai 9 orang bersedia untuk solat berjemaah termasuk qiamulail. Malah umi paling pantang jika kami menolak untuk makan bersama terutama ketika abuya berada di rumah. Kini saya yakin hubungan kami rapat kerana kami sering berjemaah melakukan aktiviti.
Kini saya sudah meningkat dewasa. Saya merupakan kakak sulung yang garang dan tegas. Tapi saya yakin, walaupun saya tegas saya tetap kakak kesayangan adik-adik saya. Jika ada kesempatan ketika bercuti saya akan membawa beriadhah, pulang ke kampung, bersiar-siar dan aktiviti-aktiviti berjemaah. Natijahnya adik-adik saya tidak takut untuk berkongsi masalah, pendapat, rahsia mahupun memaklumkan markah peperiksaan yang rendah.
Kini alhamdulillah saya dapat melanjutkan pelajaran ke bumi anbia' dan ditakdirkan untuk tinggal serumah dengan rakan-rakan yang tidak dikenali malah karakter kami teramat berlainan. Bagaimana kami berenam yang kini berlima tetap bertahan untuk tinggal bersama selama hampir 3tahun. Semua antaranya kerana jemaah.
Menjadi kebiasaan rumah kami untuk pergi ke wikalah, jaulah, menuju dewan peperiksaan, makan, solat dan yang berkaitan bersama-sama. Malah diwujudkan mesyuarat rumah setiap hujung tahun dan apabila timbul hal berbangkit. Terdapat individu yang pelik tetapi percayalah, perkara ini mampu membangkitkan ukhwah di kalangan kita.
Saya bukanlah insan terbaik tetapi mengapa saya cuba menekankan soal jemaah. Bukan melibatkan diri dalam jemaah Islam sahaja penting malah mewujudkan jemaah dalam keluarga dan rumah juga perlu. Mampukah anda menegur ahli keluarga atau ahli rumah anda jika setiap kali pulang terus mengurungkan diri di dalam bilik dan hidup dengan dunia sendiri? Ukhwah bukan segalanya tetapi ukhwah memudahkan kita untuk berdakwah.
"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka." (Hadith riwayat al-Baihaqi dalam Shuab al-Iman, at-Tabari, Abu Nua'im dalam Hilyah dan al-Hakim)
Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya manusia dan baru, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah al-Tahrim: 6)
Bertitik tolak dari sinilah menyusul satu tanggungjawab dan merupakan langkah pertama kita mestilah menyampai dakwah kepada 'masyarakat kecil' yang terdiri dari ahli rumah dan ahli keluarga. Rasulullah memulakan misi dakwah dengan menyampaikan kepada kaum terdekat.
Firman Allah: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berikanlah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. (Surah al-Syu'ara': 213-214)
Mulakanlah dengan solat berjemaah. Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali kepada orang yang mendirikan solat berjemaah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: "Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 darjat" Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah as-Saf: 4)
Yakinlah bahawa dengan solat jemaah merupakan salah satu cara untuk pentarbiyah umat Islam bersatu. Yahudi sendiri tidak akan gentar terhadap umat Islam selagi bilangan jemaah Solat Subuh di masjid tidak seramai jemaah Solat Jumaat. Yakinlah dengan hidup berjemaah kita mampu menjadi lebih kuat.
Saya mulakan cabaran kepada diri saya sendiri dan anda untuk memantapkan jemaah di dalam rumah dan kelurga.
p/s: akhirnya berjaya menghasilkan entry kerana idea saya sering meruap ketika menulis.

1 comment:
Sekadar ingat-mengingati.
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong
Post a Comment