Sunday 8 August 2010

Buku dan Cik Hijau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca namun apabila usia menginjak 22 tahun saya sedar bahawa pengetahuan yang saya miliki hanyalah asas malah jauh daripada cukup-cukup. Menjadi individu yang semangat berkata-kata membuatkan saya sedar saya perlu menambahkan ilmu untuk mengelakkan kata-kata saya hanyalah omong-omong kosong tanpa fakta.

Balik di Malaysia kali ini saya cuba mengambil kesempatan untuk membeli buku-buku namun agak terhad kerana saya terpaksa menjadi dara pingitan yang lebih kerap duduk di rumah. Alhamdulillah ada insan yang sudi menyumbangkan dana membeli buku-buku memandangkan saya agak 'miskin' (tawakal kepada Allah, kalau ada rezeki tak ke mana). Pengajarannya janganlah mensia-siakan peluang yang ada.




Namun menilik-nilik buku-buku yang ada di rak-rak buku rumah barulah saya sedar betapa ruginya saya. Di rumah terdapat banyak kitab-kitab terjemahan bahasa Melayu (seperti Riyadhus Salihin) yang memudahkan pemahaman memandang penguasaan bahasa arab saya yang agak lemah. "Allah akan tanya di akhirat apabila kakak mensia-siakan buku yang umi beli." Terngiang-ngiang pesanan umi apabila saya kurang kesah mengenai kitab-kitab yang ada suatu masa dahulu. Sekarang baru rasa menyesal (mahu membeli sendiri kitab-kitab tersebut bukannya murah).

Minat saya adalah terhadap buku-buku sejarah dan siasah (tak bermakna saya tidak pernah kecundang ketika membaca). Tapi saya tahu saya masih belum cukup kuat untuk menghabiskan setiap bacaan saya. Ia memerlukan motivasi yang agak tinggi terutama buku-buku yang membincangkan topik yang agak berat.




"Sejarah itu indah percayalah." Saya tahu bagi sesetengah orang membaca buku sejarah ibarat ubat tidur yang mujarab tetapi percayalah sejarah bukan sahaja indah malah penting. Umat Nabi Muhammad tidak akan masuk dalam 1 lubang 2 kali. Maka sejarahlah yang menjadi pedoman untuk kita. Terlalu banyak perkara yang boleh disingkap dengan kajian sejarah. Jangan harapkan filem-filem sejarah sahaja (walaupun belum tentu orang berminat) tetapi rajin-rajinlah membelek buku sejarah.

Coleteh ini lebih kepada mengingatkan diri saya yang teramat kurang membaca. Semoga Allah memberi kesempatan untuk saya membaca buku-buku yang telah dibeli dan sedia ada. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah membantu saya mencadangkan buku-buku yang menarik (sedang berusaha mencari).


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)


Wallahualam


p/s: Blog yang bersawang memandangkan tiada internet di rumah. Syukran kepada sahabat UiTM sudi menjemput ke program Ramadhan.

5 comments:

nasiayam said...

salam,

ke hadapan sahabt baik ku,adilah shuhardi.maafkan aku tidak dpt meluangkan banyak masa bersama mu..hihi.

weyh,sorry la..serius tahun ni balik,rasa perlu tumpu kat family..yela kan...hehehe.btw,aku ada beli buku baru..cambest,tp taktau la best ke tak.

bestnya parents ko ada buku terjemahan riyadussolihin?mahal weyh buku terjemahan kitab tuh,ak tgk kat mph hari tuh.

btw,aku ingt,nak kuar lepak ngan ko gi kinokuniya after raya.just both of us,tapi aku risau plak kalu ko busy ngan wedding adik ko..mmg nak gi kuar ngan ko,nak dgr citer shbt aku sorang ni

sorry la ek?bnyk tak reply msg n tak angkat call.ak dah gtau kan knp?aku bnyk layan internet..aktif kat laptop la skit..

Centado said...

uihhhhhhhhhhhh
banyaknye buku cik hijau
:D

Cik Hijau said...

Terjemahan Ihya pun depa ada tapi permohonan nak bawa balik mansurah mesti tak lulus.

Memang mahal, beratus-ratus pun ada tapi yang ringkasan ada dan harga pun ok iAllah.

Pasal kinokuniya tu iAllah tapi kena bincang lain sebab duduk di Malaysai tak boleh bergantung pada rancangan jangka panjang.

Yang pasti gambar buku-buku di atas perhiasan semata-mata dan bukan milik cik hijau.

izzati.abdullah said...

cik hijau beli buku ape da?nk taw blh?nnt leh share la kan??nk cari buku jgk..tp kat trg ni kdg2 nk buku xde stok..huhu..

yana said...

salam cik hijau..
pertama kali kesini,
menggoogle hadis maaf dan bertemu dengan blog indah ini,

teruskan menulis..
salam perkenalan