Wednesday 24 March 2010

KEMPEN 3S

Apa kempen 3S? Mari tonton video ini. (Tahniah kepada UPP untuk video yang menarik ini)





p/s: Pembaca di Malaysia pun jom jayakan kempen ini.

Saturday 20 March 2010

Nak Jadi Sabun?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini giliran saya untuk memasak makan malam. Dalam kerancakan tangan membasuh pinggan mangkuk selepas memasak, saya melihat buih di tangan saya. Terdetik di hati, alangkah bagus sekiranya manusia seperti sabun. Tidak kiralah sabun mandi, sabun basuh pinggan atau segala jenis sabun. 




Sabun menanggalkan dan membersihkan kotoran yang melekat juga meninggalkan bau wangi yang menyenangkan. Saya rasa tiada sabun yang tidak wangi di dunia ini. Malahan ada sabun yang mempunyai nilai tambah seperi melembutkan kulit tangan dan baju yang dibasuh. Dengan teknologi yang ada, pelbagai jenis sabun dengan pelbagai faedah dicipta.




Jadi apa kaitan sabun dengan manusia?

Firman Allah SWT :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Ali-Imran:104)

Manusia yang mengaku beriman kepada Allah ditanggungjawabkan untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kebenaran. Ibarat sabun tadi bukan sekadar membuang kotoran atau meninggalkan kesan wangi tetapi kedua-dua. Begitu juga manusia, bukan sekadar membuat kebaikan tetapi juga membuang daki maksiat manusia dengan mencegah kemungkaran. Mampukah saya jadi seperi sabun?




Sekadar perkongsian ringkas sementara menunggu ahli beit saya yang keluar berbakti seperti sabun untuk makan malam bersama-sama.

Monday 15 March 2010

Filem Melayu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Inilah cara mengurangkan sensitiviti orang Melayu Islam." ujar saya sebaik sahaja selesai menonton sebuah filem Melayu beramai-ramai.

Sudah lama saya tidak menonton filem Melayu. Hebat sekarang orang Melayu kita. Persis cerita Korea dan Hollywood. Manakan tidak, budaya pendedahan aurat begitu melampau dan ketara. Belum lagi budaya lelaki dan perempuan yang bebas bergaul. Kita mudah sungguh bangga dengan budaya luar. Usaha penyerapan yang dilakukan dilakukan atas nama kebebasan berkarya dan konon-kononnya membawa kelainan. Pujian demi pujian diberikan kononnya atas kelainan yang dibawa.

Benarlah kata seorang pemimpin dalam satu talk di Kaherah yang saya hadiri baru-baru ini. Anda ingin menjadi idola dan ikon? Maka jadilah artis. Manakan tidak, artis Islam dengan selamba memakai seluar dan skirt pendek. Jika tidak hiraukan syariat sekalipun, paling kurangkan hiraukan adab timur yang penuh kesopanan.


Mengurangkan sensitiviti?
Apabila kita dihidangkan dengan budaya yang tak wajar seperti berkhalwat, bercouple, minum arak,  rokok, gay dan sebagainya dalam filem atau drama lama kelamaan kita akan menjadi biasa dan terbiasa dengan pemandangan sebegitu maka hilanglah sensitiviti. Filem dan drama dijadikan dalil untuk membenarkan perbuatan. Apabila ada yang menegur mudahlah kita menjawab dia ketinggalan zaman dan jumud. Maka tiada rasa menyahut tuntutan agama untuk mencegah kemungkaran.

Itulah Islam di akhir zaman, ibarat menggenggam bara api. Yang salah tetapi biasa itu tidak apa tetapi yang benar tetapi ganjil itu entah apa-apa (tidak berfikiran terbuka katanya). Yang yang cuba menegakkan kebenaran tergolong dalam golongan minoriti dan alih-alih muka yang sama.

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Masyarakat yang jiwanya semakin kaku dan mati terlalu mudah terhibur dengan perkara-perkara plastik dan palsu seperti itu. Saya sendiri kadang tertipu dengan helah musuh ini. Kata umi saya, sebab inilah perjuangan kita lambat menang kerana pejuang Islam sendiri tertipu dengan perangkap musuh. Astagfirullah.

Jika sesiapa yang telah menonton The Arrival di Youtube, anda akan melihat sendiri perang minda yang dilakukan musuh secara begitu tersirat melalui kartun-kartun yang dianggap selamat untuk dipertontonkan. Siapa sangka begitu licik musuh menyerang psikologi manusia. Musuh merancang merosakkan anak-anak Islam bukan sehari dua perancangannya tetapi penuh rapi maka saya tidak setuju perjuangan Islam itu tidak mengapa saat-saat akhir bahkan ia memerlukan perancangan yang rapi juga.

Belum yang secara jelas dipertontonkan budaya yang jijik ini kepada masyarakat. Mungkin jika pelakon-pelakonnya beragama lain masih boleh diterima akal tetapi malangnya pelakon-pelakon yang mengaku beragama Islam turut dijadikan senjata peperangan ini. Masyarakat yang melihat artis-artis sebangsa dan seagama dengannya malah sama warna kulit lama-lama kelamaan budaya asing yang cuba dibawa menjadi darah daging (Ah, tidak apa-apa pun, benda ini biasa saja katanya).

Lihat sahaja indeks jenayah di Malaysia yang mengerikan. Setiap pagi membuka akhbar online dan membaca kerosakan demi kerosakan yang berlaku cukup membimbangkan. Duhai rakan-rakan, bagaimana kita masih boleh lena tanpa sebarang usaha?

Anak-anak Islam dilekakan dengan artis-artis dan lagu-lagu. Alih-alih pelajaran yang dijadikan alasan sedangkan masa kosong yang ada dibiarkan untuk berhibur. Islam tidak menghalang hiburan tetapi biarlah berpada-pada. Zaman di mana orang mementingkan diri terlalu ramai. Hawa nafsu dituruti dan syariat diketepi. Oh akhir zaman.

Sunday 14 March 2010

Sanah Helwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini Hari Lahir ahli beit saya Umi Nadzirah Ghazali (juga puan Aimi). Alhamdulillah dengan rezeki dan kesempatan yang diberikanNya dapat kami menyambut secara ringkas di Huriyah. Memasak menu yang lengkap bahannya daripada Malaysia membuatkan saya puas. 

Semoga umur yang Allah berikan kepada Umi diberkati dan semoga terus menjadi Muslimah sejati yang berbakti demi agama. Kelanjutan usia yang ada dijadikan kesempatan untuk terus beribadah kepada Allah. Hari-hari yang berlalu dijadikan renungan dan pengajaran yang baik. Selamat dan berjaya di dunia dan akhirat insya Allah.




p/s : Makan beramai-ramai membuatkan saya rindu akan talam besar di Imtiyaz (walaupun menu berkenaan tidak melibatkan talam). Rasanya setelah kami tinggal bertiga, kami hanya menggunakan talam kecil sebagai ganti. Talam besar yang memberi seribu satu makna dan kenangan.

Thursday 11 March 2010

Tahniah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Esok Cultural Day akan berlangsung. Tugasan kali ini membuatkan saya agak serba salah tetapi harap esok segalanya berjalan lancar. Jom turun beramai-ramai memeriahkan Cultural Day tahun ini yang pasti dimeriahkan dengan jualan makanan Malaysia.

Semalam saya baru tahu keputusan SPM akan dikeluarkan hari ini. Cik Nab yang sungguh bertuah terlupa beritahu mungkin. Terima kasih kepada status ym En Hakim. Barulah berdebar-debar menanti keputusan walaupun bukan saya yang ambil SPM.


Cik Nab bersama calon PMR


Alhamdulillah keputusan SPM telah keluar dengan sistem baru yang mana kini A tidak dikira dengan A1 atau A2 tetapi A+, A dan A-. Katanya ada kiraan merit juga. Pening juga banyak A. Saya sendiri baru tahu dan tidak berapa mahu faham. 

Walaubagaimanapun alhamdulillah cik Nab berjaya memperoleh 11A. Tahniah sis. Selamat datang ke dunia baru. Silalah pilih kos pengajian nanti dengan bijaksana bukan ikut-ikut kawan. Entah la umi sanggup lepas awak atau tak kalau belajar jauh-jauh nanti.

Sedikit pujian. Cik Nab walaupun sibuk belajar tetapi tetap rajin tolong umi (yang akak tahu la). Beliau telah menjalankan tugas dengan baik setelah rampasan kuasa berlaku apabila saya terbang ke Mesir. Teruskan kecemerlangan anda.


p/s: Sila jangan minta hadiah mahal-mahal kerana kakak anda dilanda krisis ekonomi. tetapi tetap diusahakan insya Allah. Pesanan ini untuk Hanim juga.


Sekadar gambar hiasan, harap maklum

Sunday 7 March 2010

Tak Selamanya Raihan

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Indahnya alam semesta
Hingga terasa di hati
Yang hidup akan punah
Yang mula ada akhirnya

Oh indah ciptaanNya
Yang ada sementara
Semuanya akan sirna
Yang kekal hanyalah Allah

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Kawan tak selamanya
Kasih demikian jua
Bahagia ada batasnya
Suka duka silih berganti

Esok entahkan ada
Terbitkah mentari pagi
Yang pasti kita semua
Menunggu saat binasa
Menunggu ajalkan tiba
Menanti ketentuanNya

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi


Saturday 6 March 2010

Musyrif oh Musyrif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Budaya biasa di Mansurah para Ikhwah tolong mengangkat beras untuk kita, menjadi musyrif, menghantar ke lapangan terbang, membantu dalam sesetengah urusan dan pelbagai lagi. Ini bukan pujian semata dari saya tetapi inilah hakikat.

Pernah saya cuba membayangkan diri saya di tempat mereka mampukah saya untuk berkorban seperti itu. Ada masa saya rasa tidak dan sebaliknya. Masa terpaksa dicuri dan dibahagi-bahagikan. Malah kadang kala pitis dan kredit turut melayang.

Terasa diri menjadi beban kepada orang lain dalam kondisi pelajar perubatan yang sedia sibuk sentiasa membuatkan saya berat untuk patuh pada sistem musyrif tambahan ada fatrah sukarnya untuk mencari musyrif sehingga terpaksa menebalkan muka untuk menelefon mana-mana ikhwah yang sudi menjadikan lagi sukar untuk patuh kepada sistem ini.

Pernah sekali saya merungut kepada adik saya di Jordan. Setahu saya (kalau tak silap) beliau antara orang yang kuat berpegang pada sistem musyrif atau dipanggil muraqib di sana. Katanya ini bukan soal minta tolong tetapi soal tanggungjawab. (Tetapi tidak bermakna akhawat tidak perlu menghargai pengorbanan musyrif)


 Bersama musyrif  di Sinai


Kepatuhan kita pada suatu sistem atau peraturan sepatutnya bukanlah disebabkan dasar paksaan tetapi kefahaman. Akhawat menggunakan sistem musyrif dan ikhwah sudi menjadi musyrif kerana faham tuntutan keselamatan yang wujud bukan kerana ia adalah peraturan semata-mata. Kadang-kadang kita terlalu sibukan peraturan sehingga lupa tuntutan sebenar kenapa peraturan diwujudkan.

Permasalahan yang ada sekarang berpunca dari kedua-dua pihak. Ada masa cara akhawat meminta tolong bermasalah dari segi adab. Ada masa ikhwah yang dianggap faham tuntutan sistem ini mengelak untuk menjadi musyrif. Jangan akhawat sudi menggunakan musyrif, anda mengelak, apabila ada yang tidak bermusyrif pula anda mengutuk.

Saya sendiri tidak mahu berbicara panjang soal ini. Bukan tidak pernah saya melanggar peraturan. Tetapi sehingga kini saya cuba menanamkan kefahaman mengapa kita perlu susah-susah dengan sistem ini. Apa-apa pun, marilah kita berbalik kepada pergantungan kita kepada Allah. Berdoalah semoga setiap pekerjaan kita dipermudahkanNya. Mungkin kadang-kala tindakan kita untuk keluar malam bukanlah tindakan terbaik sehingga sukarnya untuk kita keluar malam.

Wallahualam.




p/s: kadang kita terbiasa dengan perkara salah yang biasa dan ganjil dengan perkara betul yang ganjil


Friday 5 March 2010

Artikel COPY

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini terasa ingin membaca blog abang. Aish, malangnya beliau ini masih belum mengupdate blognya. Tetapi, tajuk yang terakhir tetap menarik perhatian saya maka saya ambil untuk berkongsi. Ringkas tetapi entah, saya suka.

Kembali belajar lah....!!

 ini bukan adik saya tah sapa tah...

Ya Cuti Sekolah dah nak habis. Mak - mak sekalian pun makin sibuk membeli itu ini untuk anak - anak, sungguh sibuk sekali memilih itu ini, anak - anak pun ikut kecoh jugak, nak gaya inilah, nak beg kaler itulah, nak kasut Jazz tapak pvc warna merah lah apa - apalah, dan yang paling pening adalah  bapak - bapak, kenapa ? kerana bapak - bapak kena keluar kan DUIT.!! (yang nak kahwin tak lama sila pikir bab ini sekali yee).

Kecohnya anak ramai.

Umi selalu cerita, tajuknya sama setiap tahun dan akan berulang kali diceritakan bila time akhir tahun bila nak pergi membeli barang sekolah. ceritanya bagaimana masa saya dan adik - adik yang dah beso sekarang masih kecil dulu - dulu umi bawak pergi membeli barangan sekolah, Kami adik beradik tak cerewet sangat bab fesyen - fesyen nih (saya sampai darjah 5 pun pakai kasut lekat - lekat tak pandai ikat tali) tapi kami sangat lah proaktif dan provokatif (apa bendanya nih?), sehinggakan nak memilih barangan sekolah untuk kami (masa tu yang dah sekolah 4 orang tak silap laa) tokey kedai tuu kena tutup kedai sekejap bagi memberi laluan kepada kami memilih barangan sekolah!!!! hebat bukan?? tapi entah kenapa saya macam tak ingat jee peristiwa ini.


"umi adik hana nak beg warna pink" ini adalah hantu pink yang suka makan telur ceplop...!!!

Umi juga selalu cerita betapa provokasi kami sangat memeningkan kepala. biasa lah budak kecik, anda tahu eskelator kat pasar raya tu? yaa saya masa kecik - kecik sangat mengangumi eskelator itu!! saya akan menaiki eskelator itu secara berlawanan arah..!!! dan adik - adik saya akan follow kekaguman saya itu..!! dan akibatnya umi tarik kami dan bawa ke tempat tidak ada orang dan piat telinga kami!!! memang nostalgia..!!! dan tidak boleh dilupakan.

Oleh itu saya mengucapkan selamat kembali kepada semua kanak - kanak pra sekolah, budak - budak sekolah rendah, remaja - remaja sekolah menengah, dan mahasiswa - mahasiswa ipt ke alam pembelajaran, inagtlah belajar itu best, kerja itu letih, hehehe... 

Wednesday 3 March 2010

Senyumlah (Siaran Ulangan Sempena Kempen 3S)

 Siaran Ulangan (klik untuk artikel asal)


Mungkin saya boleh dikategorikan sebagai orang yang susah untuk tersenyum ditambah raup wajah yang serius. Malah suatu masa dahulu saya sering disalah anggap kerana sukarnya saya untuk senyum pada individu lain terutama ikhwah.

Di kelas terdapat seorang sahabat saya yang juga merupakan bekas jiran saya. Beliau sering menyatakan kegembiraanya melihat saya tersenyum dan gembira. Sekiranya seharian saya di kelas tanpa kecerian dan senyuman pasti saya akan ditegurnya. Begitu juga sahabat karib saya apabila saya menoleh kepadanya tanpa senyuman pasti saya ditegur supaya senyum. Terima kasih kerana membantu saya untuk tersenyum.

Apa yang begitu penting pada senyuman? Seorang lagi sahabat saya mengingatkan saya mengenai sebuah hadis.

Rasulullah SAW bersabda: "Senyum kamu di hadapan saudara adalah sedekah. Janganlah kamu meremahkan sedikit jua daripada perbuatan baik, sekalipun sekadar kamu menampakkan wajah yang manis kepada saudara kamu"

Senyuman yang ikhlas daripada seseorang walaupun tidak dikurniakan wajah yang jelita atau tampan tetap menyenangkan hati insan yang melihatnya. Amalan senyum dan memaniskan wajah dapat mengeratkan ukhwah di kalangan kita.

Tiap-tiap amalan ma'ruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan ma'ruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Berdasarkan dua hadis tadi, senyum adalah sedekah malah boleh dianggap sedekah yang mudah. Pernahkah kita diminta membayar demi sebuah senyuman? Amalan sedekah merupakan amalan yang dituntut dalam Islam.

Allah berfirman: "Sungguh telah ada pada Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Al-Ahzab:21)

Amalan senyuman adalah sunnah Rasulullah yang merupakan tauladan kita. Jika bukan kita umatnya yang menegakkan sunnahnya, siapa lagi? Maka marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa tersenyum atau memaniskan muka.


p/s: semoga Allah mengurniakan saya kekuatan untuk terus tersenyum tidak kira di kala senang atau mudah. Teringat lagu raihan, SENYUM.

Monday 1 March 2010

Mana Milik Kita?

Munsyid: Rabbani


Mana Milik Kita?

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya