Sunday 21 June 2009

Perlukah Aku Khabarkan

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Kumohon pada tuhan
Berikan kekuatan
Untuk kuhadapi semua ini

Tuhan kuterus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah


Perlukah Aku Khabarkan - Saff One

Lirik : Lukhman S (BMG Musiz Pub.)
Lagu : Mujahid Abd. Wahab (Gurindam Cipta)
Penerbit : Shah X-Brothers & Mujahid Abd. Wahab
Susunan Muzik : Firdaus
Sumber: http://saffone.tripod.com

PERLUKAH?

Wednesday 17 June 2009

DAKWAH atau TUNJUK HEBAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Korang nak berdakwah ke nak tunjuk hebat?" Satu lontaran persoalan oleh abang saya.




APA TERJADI?

Menurut abang saya seringkala kawan-kawan bertanya maksud sesuatu perkataan ketika membaca blog yang berunsuk islamik. Mungkin kerana di kalangan pelajar-pelajar teknikal, abang saya yang pernah bersekolah di sekolah agama jadi beliau dianggap tahu sedikit mengenai bahasa arab.


BAHASA MAD'U

Ketika menulis blog yang berunsur agama dan dakwah tentu blog anda akan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat kerana ternyata dunia siber adalah dunia tanpa batasan. Mungkin tanpa kita sedar sesetengah penggunaan kata agak sukar untuk difahami. Rungutan pembaca harus diambil cakna.

Alhamdulillah dalam dunia internet yang ada baik dan buruk masih wujud individu yang kurang latar belakang agama tetapi mempunyai kesedaran untuk membaca sesuatu yang berunsur agama. Mereka memilih untuk membaca blog berunsur islamik berbanding muat turun dan menonton filem atau drama.

Jadi mengapa menggunakan istilah yang sukar. Apa salahnya permudahkan gaya penyampaian bahasa supaya mad'u kita faham sepenuhnya apa yang kita cuba sampaikan. Paling kurang, usahakan terjemah istilah bahasa arab kepada bahasa melayu untuk kemudahan pembaca.

Bahasa sedikit sebanyak memainkan peranan. Kalau bacaan tak sepenuhnya difahami maka maklumat sukar untuk disampaikan apatah lagi menembus ke dalam hati.

Lainlah memang menjadi niat para blogger sekalian bahawa pembacaan itu untuk golongan tertentu sahaja ataupun isu yang diketengahkan khas untuk kelompok berkaitan. Terpulang. Tepuk dada tanya iman.


mad'u: orang yang kita sasar untuk didakwah

Monday 15 June 2009

Karnival Keluarga PCM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karnival Keluarga PCM bakal menjelma tidak lama lagi. Amatlah diharapkan kepada seluruh warga perubatan Mansurah dapat memberi sumbangan yang sewajarnya demi menjayakan program ini. Pelbagai acara menarik menanti. Maklumat lanjut sila layari http://karnivalpcm.blogspot.com




p/s: Kalau ada sesiapa yang berminat kongsi idea untuk
indoor game, saya mengalu-alukan idea anda.

Friday 12 June 2009

be yourself BUT make it BETTER

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Sekurangnya aku pakai tudung daripada diorang tuh."

"Semua itu hipokrit sahaja. Yang penting walaupun aku macam ni aku tak pura-pura baik macam orang lain."

"Ala, diorang pakai tudung labuh pun couple juga."

Biasakan kita dengar dialog-dialog sedemikian daripada orang lain. Ayat-ayat provokasi bagi saya.



MEMAKAI TUDUNG TETAPI MASIH MELAKUKAN DOSA

Tidak dinafikan bahawa ramai yang memakai tetapi masih melakukan dosa. Persoalan ini telah saya sebutkan dalam entry lepas "Tudung, terpeliharakah kita?".


Apa kaitan dengan tudung



MAKE IT BETTER

Kecil-kecil dahulu nenek suka menyuruh pergi ke kedai runcit Pak Dolah. Saya pasti gembira untuk menolong nenek kerana upah pasti menyusul. Malah jika baki membeli barang ada pasti nenek halalkan sahaja pada saya. Maka, saya sentiasa berharap nenek memberi duit bernilai lebih supaya bakinya juga lebih.


Nenek yang pemurah

Fitrah manusia sentiasa mahukan sesuatu yang lebih. Diberi betis mahukan peha. Begitu juga dalam kehidupan seharian, kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jadi hipokritkah kita dengan kehidupan kita?

Tidak, malah kita kita lebih hipokrit jika tidak berusaha menjadi lebih baik. Hakikatnya diri kita tenang dan mahukan kebaikan. Jadi siapa yang hipokrit?

Begitu juga dengan ibadah kita. Ibadah khusus seperti solat dan bertudung serta ibadah umum seperti menuntut ilmu, kenapa kita tidak berusaha menjadikannya lebih baik dan menarik?


Hipokritkah dia


Saya tidak menyuruh anda menjadi diri orang lain tetapi menjadikan diri anda kepada insan yang lebih baik. Kembali kepada fitrah dirimu. Fitrah dirimu yang mahukan kebaikan. Fitrah dirimu yang bencikan kejahatan. Fitrah dirimu yang malu dengan dosa. Jangan tidakkan semua itu.



KENAPA MASIH MELAKUKAN DOSA


Tart ini dibuat untuk dimakan

Jika tart diatas dibuat untuk dimakan jadi apakah tujuan hidup kita dijadikan? Mungkin ini salah satu jawapannya. Tidak jelas tujuan hidup.

“dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu." (Surah al-Dzariyat: 56)

Allah telah menetapkan tujuan hidup kita untuk beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya. Dia berhak menetapkan sedemikian kerana Dialah yang mencipta kita.

Cuma, jangan menutup ruang fikiran ibadah itu hanya solat dan puasa. Konsep ibadah dan pengabdian itu luas. Belajar juga menjadi ibadah sekiranya kita ikhlas keranaNya. Segala-galanya kerana Allah pasti diangkat menjadi nilaian ibadah.


Ibadah bukan sekadar solat


Masih melakukan dosa? Mungkin kerana kita tidak percaya sepenuhnya atau lupa kewujudan hari pembalasan.

Sekiranya kita yakin bahawa kesalahan itu dibalas dengan dosa dan dosa itu akan dibalas dengan neraka, tegarkah kita melakukan kesalahan?


Langsung tidak setanding api neraka


Sekiranya kita yakin bahawa kebaikan itu dibalas dengan pahala dan pahala itu akan dibalas dengan syurga, tegarkah kita meninggalkan kebaikan?


Syurga lebih tenang dan indah daripada ini

Maka soal kembali diri kita mengenai keyakinan kita. Jika seperti tidak meyakinkan maka carilah jalan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan itu.

Jangan lupa untuk menambah ilmu mengenai apa yang baik dan dituntut serta apa yang salah dan dilarang.

Tuesday 2 June 2009

Happy Birthday to HANA


Sanah Helwa to Fatin Hana Solehah binti Shuhardi. Dilahirkan pada 2 Jun 2004. Merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik. Memiliki nama yang paling panjang berbanding adik-beradik perempuan yang lain.

Adik bongsu kami yang cerdik dan petah bercakap menurut umi. Teramat suka warna merah jambu maka entry kali ini tulisan berwarna merah jambu.



Dia panggil saya Aya, suatu nama yang
memang tiada kaitan dengan saya. Semunya bermula ketika dia mengetuk pintu bilik air dengan menyebut Aya. Barulah saya tahu dia memanggil saya Aya. Hanya dia.

Satu-satunya adik yang tidak membesar di depan mata. Saya tak dapat mengajar dia mengeja dan mengaji. Apatah lagi menghantar ke tadika sekali-sekala. Hanya webcam pengganti dan pengubat rindu.


Saya teringat setiap kali saya keluar rumah, Hana tahu syarat nak ikut jalan-jalan ialah pakai tudung, duduk diam dan pakai seat belt ketika di dalam kereta. Tapi, disiplin itu dipraktikkan hanya dengan saya.

Banyak lagi cerita mengenai Hana tapi cukup sekadar ini. Aya sayang Hana. Semoga Hana membesar menjadi anak yang solehah, cerdik dan pandai. Belajar rajin-rajin ok.

p/s: reward tak ponteng tadika ialah patung Burney. Kepada kakak-kakak Hana sila bacakan untuk Hana ok.