Friday, 11 February 2011

Mansurah-Alex-Jeddah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis walaupun terpaksa merantau mencari line dan punca eletrik bagi meng'charge' latop. Ketika saya menulis, jarum jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi namun kawasan penempatan sementara di sini masih meriah diterangi cahaya.

Seperti semua yang sedia maklum bahawa hampir semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir telah dipindahkan ke bumi Jeddah sebelum dihantar pulang ke Malaysia memandangkan bumi Mesir sedang bergolak dengan kebangkitan rakyat mereka.

Kami pelajar Mansurah berkampung sementara di bangunan Mara di Iskandariah sebelum diterbangkan di bumi Jeddah. Pada mulanya jawatankuasa pengurusan membuat keputusan untuk melepaskan pelajar lelaki dahulu kerana penerbangan Charlie agak tidak sesuai untuk pelajar perempuan. Namun sehingga ke saat akhir hanya Charlie yang sudi mengangkut kami maka semua pelajar perempuan berpeluang menaiki Charlie.

Saya sendiri sudah lupa berapa hari saya sudah berada di bumi Jeddah ini. Hari demi hari mendengar pengunguman mengenai angka gilirian penerbangan dengan perasaan berdebar tetapi saya tahu saya perlu lebih bersabar menanti memandangkan kumpulan saya adalah antara yang terakhir diterbangkan.

Namun hari ini mengunguman bagi pelajar-pelajar tahun 4 , 5 dan 6 supaya berkumpul di klinik kesihatan. Akhirnya tidak perlu lagi saya menanti bilakah saya akan diterbangkan kerana saya bakal bersama-sama rakan-rakan yang terlibat bersetuju untuk menjadi mereka yang terakhir diterbangkan atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin ini hanya cerita biasa. Saya tidak pandai menulis cerita tapi memori pahit dan manis sepanjang proses evakuasi yang berlaku memberi begitu banyak kenangan dan pengajaran bagi saya. Sekadar coretan di kala menunggu bateri penuh.


No comments: