Friday, 11 February 2011

Bala Apakah Kalian Nantikan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya selalu terfikir apakah hikmah bersusah payah menguruskan proses evakuasi daripada Mansurah ke Jeddah melalui Iskandariah. Berbanding tempat-tempat lain seperti Kaherah khusunya, keadaan di Mansurah masih dikira stabil. Namun setelah arahan dikeluarkan, proses evakuasi tetap dijalankan.

Mungkin dilihat dari sudut lain memang perlu semua pelajar dikeluarkan namun saya tidak berniat untuk berbicara panjang mengenai isu tersebut. Apa yang ingin saya katakan adalah kita gagal mengambil iktibar atas sedikit ujian yang Allah beri.

Allah uji kita dengan perasaan bimbang dan keselamatan terancam sedangkan kita bukanlah berada dalam negara yang menghadapi peperangan di mana peluru sesat atau pertempuran berlaku di merata-rata tempat. Allah uji kita dengan kepenatan namun kita masih mempunyai tempat teduh yang selesa malah bekalan makanan yang cukup.

Kenapa saya berasa kita gagal?

Kerana tiba di bangunan Mara masih ada yang tanpa segan silu memadu kasih. Tanpa segan silu menyalakan api rokok seperti naga. Tanpa rasa malu bergelak ketawa dan bercampur lelaki dan perempuan. Di kala terdapat rakan-rakan anda yang sibuk menyusun data dan maklumat demi menyelamatkan anda, anda terus membuat maksiat.

Perkara ini berterusan sehingga tiba di bumi Jeddah. Soal pakaian, soal ikhtilat, soal couple dan pelbagai lagi. Cukup pening dan cukup sesak. Agak bohong sekiranya anda tidak tahu perkara tersebut ditegah. Ini bukan zaman tiada internet. Semua maklumat di hujung jari. Jika dilihat muka sama juga yang membuat onar.

Bala apakah lagi yang kita nantikan. Mereka yang membuat maksiat dan mereka yang membiarkan sahaja maksiat berlaku tanpa menegur, semuanya akan Allah turunkan bala jika Dia berkehendak. Kita gagal memahami tarbiyah kehidupan. Bala apakah yang kalian nantikan?


1 comment:

Nurul Amal said...

na'uzubillah

tersentuh.