Wednesday, 25 February 2009

Rezeki, Ketetapan & Syukur


Sejak akhir2 ini banyak perkara yang berlaku membuatkan saya sering terfikir mengenai takdir, rezeki dan ketetapan Allah.



"Kalau sudah tiada rezeki study banyak segigih mana pun tetap tak cemerlang." Satu diolog yang pernah menghinggap telinga saya. Secara jujurnya saya kurang menggemari ayat2 seperti itu.

Allah Maha Adil. Hikmah yang saya dapat dari kecil, rezeki itu bukan tertumpu pada satu lorong (kaya, keputusan cemerlang) sahaja tetapi pelbagai cara. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri..." (Ar-Ra'd: 11)

Kita disarankan supaya berusaha, berdoa dan bertawakal. Usaha dulu. Natijah yang terhasil jika kelihatan tidak setimpal dengan usaha kita percayalah bahawa hasil usaha kita itu terletak di jalan lain. Mungkin yang terbaik adalah Allah menangguhkan ganjaran usaha kita. Tidak di dunia mungkin di akhirat.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)


Sejak hidup di perantauan pening soal duit adalah perkara biasa. Namun ingatan abuya supaya jangan buruk sangka dengan Allah dalam soal rezeki banyak membantu. Bukan soal jumlah duit yang digenggam penting tetapi kecukupan rezeki itu lebih utama. Maksud saya, andai duit beratus gneh (matawang mesir) tetapi nafsu berbelanja yang tak pernah puas tetap tidak bermakna. Tetapi dengan duit yang cukup2 dan perasaan cukup lebih tenang dan bermakna.

"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nesacaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka2nya, dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nesacaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya, sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (At-Talaq: 2-3)

Apabila Allah melimpahkan dan membuka pintu rezeki bagi kita, janganlah pula kita tergolong daripada hamba2 yang lalai. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana ada kala nikmat yang Allah beri juga adalah cubaan.

“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan ku tambah (nikmatKu) kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu amat berat”. (Surah Ibrahim: 7)


p/s: Janji Allah itu pasti.

3 comments:

Anonymous said...

btul...bak kata dr.motaael[our pharma`s lecturer]:
"usually,person having beautiful face,rich,famous have endogenous depression without any reasons-->cause her/him to commit suicide."
xsmestinya Allah uji kita dgn duit yg kurang,prestasi bljr yg kurang memberangsangkan bermakna Allah xsyg kita.sbb Dia syg la,Dia bg kita keadaan tu,spya kita xleka+lalai dgn amalan dunia yg smntra.tnda2 Allah syg kita-Dia bentangkan ujian yg pelbagai kat kita,tnda Allah nak istidraj seseorg-kesenangn yg melimpah ruah smpai timbul rasa takjub+sombong+rasa xperlukan Allah dlm hdup+rasa sgala nikmat yg diperoleh dtg dr usaha dia SEMATA.[nauzubillah].
p/s:kalo ngah kering duit,tetiba tringin nak mkn luar,cikhijau+kwn2 len murah hati nak belanja.alhamdulillah.sgala2nya dtg dr Allah semata.
-sabar tuh penting,kita sabar@x,ujian akn ttap dtg,tp yg membezakan keputusan kita diakhirat kelak adlh rasa SABAR+REDHA kita pada ujian Allah.

Anonymous said...

silap ejaan:cause--->causing her/him to commit suicide

Anonymous said...

org yg ckp cmtu[quote:kalo usaha segigih mana pon,result ttap cmtu]...menunjukkan dia kurang bersyukur dgn nikmat Allah+kurang percayakn ketetapan Allah+kurang memerhatikan nikmat Allah yg lain,yg dia dpt+merasakan USAHA adalah PENENTU KUANTITI GANJARAN.mudah2an org yg ckp cmtu,diberi hidayah+taufiq dr Allah.
[Wahai Tuhan Yang Membolak-balik kan hati,jgn lah Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau kurniakan hidayah kpdnya]