Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Korang nak berdakwah ke nak tunjuk hebat?" Satu lontaran persoalan oleh abang saya.
APA TERJADI?Menurut abang saya seringkala kawan-kawan bertanya maksud sesuatu perkataan ketika membaca blog yang berunsuk islamik. Mungkin kerana di kalangan pelajar-pelajar teknikal, abang saya yang pernah bersekolah di sekolah agama jadi beliau dianggap tahu sedikit mengenai bahasa arab.
BAHASA MAD'UKetika menulis blog yang berunsur agama dan dakwah tentu blog anda akan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat kerana ternyata dunia siber adalah dunia tanpa batasan. Mungkin tanpa kita sedar sesetengah penggunaan kata agak sukar untuk difahami. Rungutan pembaca harus diambil cakna.
Alhamdulillah dalam dunia internet yang ada baik dan buruk masih wujud individu yang kurang latar belakang agama tetapi mempunyai kesedaran untuk membaca sesuatu yang berunsur agama. Mereka memilih untuk membaca blog berunsur islamik berbanding muat turun dan menonton filem atau drama.
Jadi mengapa menggunakan istilah yang sukar. Apa salahnya permudahkan gaya penyampaian bahasa supaya mad'u kita faham sepenuhnya apa yang kita cuba sampaikan. Paling kurang, usahakan terjemah istilah bahasa arab kepada bahasa melayu untuk kemudahan pembaca.
Bahasa sedikit sebanyak memainkan peranan. Kalau bacaan tak sepenuhnya difahami maka maklumat sukar untuk disampaikan apatah lagi menembus ke dalam hati.
Lainlah memang menjadi niat para blogger sekalian bahawa pembacaan itu untuk golongan tertentu sahaja ataupun isu yang diketengahkan khas untuk kelompok berkaitan. Terpulang. Tepuk dada tanya iman.
mad'u: orang yang kita sasar untuk didakwah