Tuesday 27 January 2009

Ikhtilat

3 hari lepas hati tidak tenang seperti ada sesuatu yang menganggu. Apabila saya membaca ayat berikut saya rasa saya menemui jawapannya.

Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (As-Saff: 2-3)

Ya Allah aku sendiri hampir tersasar dari apa yang aku tegakkan. Ampunilah hambaMu.


Berikut adalah artikel pertama saya yang menggunakan nama pena Cik Hijau:



Ikhtilat tidak syarie merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Elakkan meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".


p/s: terpaksa copy paste dari iluvislam kerana saya kehilangan soft copy asal dan saya melakukan sedikit perubahan berbanding artikel asal.

Friday 23 January 2009

Jemaah

Jemaah atau kumpulan seperti yang kita sedia maklum bermaksud satu kelompok manusia yang bersama-sama di dalam suatu tempat atau dihubungkan atas sesuatu perkara. Saya tidak pula ingin memperkatakan mengenai jemaah Islam khususnya tetapi sesuatu yang lebih umum dan nampak remeh tetapi sebenarnya mampu memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita.

Sejak dari kecil abuya (panggilan ayah dalam keluarga kami) begitu menerapkan nilai berjemaah dalam hidup kami adik beradik terutama soal solat jemaah. Abuya sanggup menunggu sehingga lengkap kami adik beradik seramai 9 orang bersedia untuk solat berjemaah termasuk qiamulail. Malah umi paling pantang jika kami menolak untuk makan bersama terutama ketika abuya berada di rumah. Kini saya yakin hubungan kami rapat kerana kami sering berjemaah melakukan aktiviti.


Kini saya sudah meningkat dewasa. Saya merupakan kakak sulung yang garang dan tegas. Tapi saya yakin, walaupun saya tegas saya tetap kakak kesayangan adik-adik saya. Jika ada kesempatan ketika bercuti saya akan membawa beriadhah, pulang ke kampung, bersiar-siar dan aktiviti-aktiviti berjemaah. Natijahnya adik-adik saya tidak takut untuk berkongsi masalah, pendapat, rahsia mahupun memaklumkan markah peperiksaan yang rendah.

Kini alhamdulillah saya dapat melanjutkan pelajaran ke bumi anbia' dan ditakdirkan untuk tinggal serumah dengan rakan-rakan yang tidak dikenali malah karakter kami teramat berlainan. Bagaimana kami berenam yang kini berlima tetap bertahan untuk tinggal bersama selama hampir 3tahun. Semua antaranya kerana jemaah.



Menjadi kebiasaan rumah kami untuk pergi ke wikalah, jaulah, menuju dewan peperiksaan, makan, solat dan yang berkaitan bersama-sama. Malah diwujudkan mesyuarat rumah setiap hujung tahun dan apabila timbul hal berbangkit. Terdapat individu yang pelik tetapi percayalah, perkara ini mampu membangkitkan ukhwah di kalangan kita.

Saya bukanlah insan terbaik tetapi mengapa saya cuba menekankan soal jemaah. Bukan melibatkan diri dalam jemaah Islam sahaja penting malah mewujudkan jemaah dalam keluarga dan rumah juga perlu. Mampukah anda menegur ahli keluarga atau ahli rumah anda jika setiap kali pulang terus mengurungkan diri di dalam bilik dan hidup dengan dunia sendiri? Ukhwah bukan segalanya tetapi ukhwah memudahkan kita untuk berdakwah.

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka." (Hadith riwayat al-Baihaqi dalam Shuab al-Iman, at-Tabari, Abu Nua'im dalam Hilyah dan al-Hakim)

Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya manusia dan baru, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah al-Tahrim: 6)

Bertitik tolak dari sinilah menyusul satu tanggungjawab dan merupakan langkah pertama kita mestilah menyampai dakwah kepada 'masyarakat kecil' yang terdiri dari ahli rumah dan ahli keluarga. Rasulullah memulakan misi dakwah dengan menyampaikan kepada kaum terdekat.

Firman Allah: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berikanlah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. (Surah al-Syu'ara': 213-214)


Mulakanlah dengan solat berjemaah. Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali kepada orang yang mendirikan solat berjemaah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: "Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 darjat" Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah as-Saf: 4)

Yakinlah bahawa dengan solat jemaah merupakan salah satu cara untuk pentarbiyah umat Islam bersatu. Yahudi sendiri tidak akan gentar terhadap umat Islam selagi bilangan jemaah Solat Subuh di masjid tidak seramai jemaah Solat Jumaat. Yakinlah dengan hidup berjemaah kita mampu menjadi lebih kuat.


Saya mulakan cabaran kepada diri saya sendiri dan anda untuk memantapkan jemaah di dalam rumah dan kelurga.


p/s: akhirnya berjaya menghasilkan entry kerana idea saya sering meruap ketika menulis.

Saturday 17 January 2009

Permulaan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah berjaya juga saya membina satu blog walaupun masih belum sempat mencatat sebarang artikel memandang peperiksaan yang akan menjelang. Saya teramat berharap niat saya berblog ini tidak terbantut memandangkan saya tidak begitu berbakat dalam bidang penulisan. Setiap amalan bergantung pada niat. Maka saya mengajak semua sama-sama perbaharui niat kita tidak kira dalam apa jua amalan termasuk berblog. Seperti yang disebut dalam hadis yang begitu popular:

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Al-Khattab r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu habuannya ataupun kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwini, maka hijrahnya kepada perkara yang ditujunya."
Hadis ini diriwayatkan dua imam ilmu hadis: Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab mereka berdua

Doakan kami. Jangan lupa juga mendoakan Palestin yang hebat bergolak.

Thursday 15 January 2009

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News> (http://www.ljn.co.uk/) diedarkan secara
percuma di kesemua> cawangan Tesco di seluruh England.> > Ini ialah
akhbar Yahudi yang memberikan sokongan> secara terbuka untuk regim ganas
Zionis di Israel.> > Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari
keluarga> Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco> diambli daripada
nama isterinya Tessa Cohen.> > Disamping mempromosi produk Israel di
rangkaian> pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah> membuat
perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian> Israel yang berjumlah jutaan
dollar.> > Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal> dunia
pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah> Perkuburan Yahudi Willesden,
London,England.> > Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat>
"search" di internet dengan menaip "Tesco> Jewish" dan> anda akan dapat
pelbagai laman web Yahudi> yang dikaitkan dengan Tesco.> > Keputusan
ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong> Yahudi dengan mempertingkatkan
ekonomi mereka apabila> anda membeli belah di Tesco.>