Thursday, 16 April 2009

Cerita Siang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah pagi ini setelah selesai bersarapan sekadarnya dan menyiram pokok cili dan serai yang entah bila akan mengeluarkan hasil saya menghadap komputer peribadi untuk melihat sebarang perkembangan di dalam dan luar negara.
Sedang asyik membaca berita, rakan serumah mengetuk pintu bilik.

"Masuklah." Dengan lirikan mata saya melihat wajah sahabat serumah saya muncul di muka pintu yang tidak berkunci.

"Awak dah baca blog PCM?" Dia bertanya. Saya hanya membalasnya dengan anggukan.


"Awak dah baca blog saya? Refresh la. Saya tulis pasal orang bawah dan kes tu"

"Baru nak baca. Kejap." Terus jari ini menekan tetikus pada link blog beliau. Tidaklah saya nak memaparkan semula berita tersebut. Anda boleh baca di blog PCM dan juga blog sahabat saya.

Apa yang membimbangkan bukanlah soal kecurian sahaja kerana sememangnya kita dididik sejak kecil untuk memastikan pagar dan pintu rumah sentiasa ditutup serta dikunci. Satu saranan yang perlu dijadikan tabiat.

Walaupun kecil, tidak terkecuali untuk dikunci (gambar hiasan)

Sejak dari tahun 1, kawasan kami dikenali antara jalan yang agak merbahaya. Banyak rakan-rakan telah mengadu mereka diganggu ketika berjalan bersendirian mahupun berteman. Rakan-rakan arab juga tidak terkecuali. Malah saya juga hampir menjadi mangsa, ahamdulillah tidak serius dan ketika itu berjalan berkumpulan.


Ini bukan gambar mangsa

Kes-kes keselamatan yang dilaporkan semuanya berlaku di waktu siang. Sedarlah siang itu bukanlah jaminan keselamatan anda dijamin. Jadi saya sarankan rakan-rakan elakkan berjalan bersendirian terutama di kawasan-kawasan sunyi.


Nabi SAW bersabda “Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam”.

Geram!

Di siang hari boleh terjadi kes seumpama ini, bagamaina malam? Sungguh berani menaruhkan maruah dan keselamatan diri dengan berjalan berseorangan di waktu malam.

"Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan MALAM apabila telah gelap-gelita" (Al-Falaq: 1-3)

Saudari-saudariku sayang, peliharalah dirimu. Belum menyebut soal musyrif, sekurang-kurangnya bertemanlah walaupun turun ke kedai sebelah rumah di waktu malam.


"...dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri..." (Al-Baqarah: 195)

Semoga jiran seimarah kami lebih berjaga-jaga memandangkan pencuri tersebut begitu jatuh cinta dengan rumah mereka. Semoga basikal-basikal kesayangan mereka tidak dicuri begitu juga barang-barang lain.


Imarah kami

p/s: Jangan pula rakan-rakan takut untuk datang ke Imtiyaz. Kes boleh berlaku di mana-mana, yang penting aspek keselamatan dijaga.

6 comments:

MentaRi MaLaM said...

salam...
dahsyat gak ea cik hijau kt sana..
gerun membacanya..
sy doakan cik hijau sentiasa selamat dibwh redhaNya..
amin

Cik Hijau said...

Di mana-mana ada manusia jahat dan baik. Yang penting kita berhati-hati. Orang jahat ni tak kira perempuan lawa atau tak. Huhu. Jangan gerun-gerun sangat, nanti orang tak mahu datang Mesir.

Musafir diri said...

haih... bahaye2...

bhati2lah cik hijau ea... jadik je hijau@hulk... sure diorang cuak punye... haha...

btw... kadang2 klu tlibat dgn kes2 kat oversea best jugak...

nanti dah tua ade la modal nak citer kat anak cucu... tak gitu??? ^_^

"kalau cucu nak tau... atuk dulu penah kene pukul dengan arab... pastu atuk belasah balik arab tu... nasib baik arab tu pakai kayu... pasal tu la atuk kalah... tak aci punye arab..."

hahahaha

Cik Hijau said...

Haha...anak cucu ye...tak abis2

Kalo nak tau, atuk tu dia kena ketuk dengan arab sampai hilang ingatan. Kesian atuk tu. Lepas tu dia ada masalah mental sikit.

Kesian tak kat atuk tu.

hahaha...

Takyah jadi hulk pun

chickenrice said...

ya Allah,aku hengatkn sapo la yg duk citer smpai ku cucu cicit ni(sedangkan anak pon xdpt lg-utk cikhijau la),rupe2nya....

erm,untuk musafir diri,cikhijau mmg `hulk` dgn rupanya..[jgn marah,memain je..ahaks!].

Farid Rashidi said...

Salam...

Hati-hatilah kamu wahai akhwat. Beringat sebelum kena.

Jemput ke blog saya yang baru. Saya sudah berpindah ke http://www.faridrashidi.com